Info

AIIahuakbar.. khabarnya punca sebab stress

Seorang pelajar dari sebuah universiti awam di Pahang dikhabarkan meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri di rumah keluarganya di Kuala Terengganu, awal pagi semalam.

Pelajar lelaki tersebut, Muhd Adham Hazim Mohd Rizaini dilaporkan tidak sedarkan diri kira-kira jam 4 pagi sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) oleh keluarganya bagi mendapatkan rawatan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, bapa saudara mangsa iaitu Al-Faizal Faiz meluahkan rasa duka atas pemergian pelajar berusia 19 tahun itu dipercayai akibat pendarahan di dalam kepala, malam tadi.

“Bagi sesiapa yang mengenali diri Adham Hazim, saya mewakili dirinya memohon maaf. Dan jika ada hutang yang masih belum dilangsai bolehlah berjumpa saya.
“Satu kehilangan amat besar bagi saya kerana inilah satu-satunya paling rapat dengan saya,” tulisnya dengan memuat naik sekeping foto Allahyarham.

Seorang rakan mangsa, @o7991H4 menerusi laman Twitter berkongsi beberapa tangkap layar daripada pensyarah dan kenalan mereka yang mendoakan kesejahteraan pelajar jurusan Kejuruteraan Awam itu.

Menurut @o7991H4, dia menyifatkan arwah Adham adalah seorang pelajar yang rajin dan cemerlang dalam menyelesaikan tugasan diberikan oleh pensyarah walaupun sehingga lewat pagi.

Terdahulu, seorang pelajar perempuan dari universiti sama di kampus Kedah dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri di rumah sewanya di Kuala Muda, awal pagi Khamis lalu.

Berikutan kedua-dua kejadian tersebut, segelintir warganet membuat dakwaan bahawa para pelajar mungkin terbeban dengan kuliah dalam talian serta tugasan yang banyak sehingga tidak mampu bagi menangani tekanan.

Sumber : ohmymedia / Facebook Al-Faizal Faiz , Twitter @o7991H4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *