Info

Sebaknya..Bersungguh kibar bendera putih demi nenek

Pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini sememangnya memberi pelbagai kesan kepada seluruh rakyat. Ada yang kehilangan pekerjaan dan terpaksa bergelut dalam mencari rezeki untuk keluarga demi kelangsungan hidup.

Oleh itu, tercetusnya idea kempen ‘bendera putih’ oleh warganet dengan harapan dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan segera tanpa perlu berdepan dengan kerenah birokrasi.

Mereka yang terdesak dan tidak dapat memikirkan jalan keluar akan mengibarkan bendera putih ini di kediaman masing-masing untuk meminta bantuan tanpa perlu merasa malu.

Seperti perkongsian video di TikTok mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang dilihat mengibarkan bendera putih di atas atap kediamannya dengan bersungguh-sungguh.

Situasi menyayat hati yang berlaku di Kota Kinabalu, Sabah ini dirakam oleh seorang aktivitis masyarakat, Salwa Naidin dan telah meraih 1.2 juta tontonan dalam tempoh 48 jam dimuatnaik.

Gambar: Tiktok/Salwanaidin

Menurut Salwa, dia tanpa sengaja terlihat kanak-kanak itu sedang mengibarkan bendera putih membawa ‘isyarat’ sedang berada dalam kesusahan.

Sejurus itu, dia bergegas ke rumah kanak-kanak itu bersama pasukan bantuannya, MyFundAction Sabah, pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang aktif dalam misi bantuan kemanusiaan.

Gambar: Tiktok/Salwanaidin

Terputus bekalan makanan..

Difahamkan, kanak-kanak itu tinggal bersama nenek dan seorang adiknya yang masih kecil. Mereka sudah berbulan tidak dapat membayar sewa rumah, bil air dan bil elektrik.

Lebih menyedihkan, apabila dia juga memberitahu bahawa bekalan makanan mereka telah terputus akibat pandemik ini.

Gambar: Tiktok/Salwanaidin
Gambar: Tiktok/Salwanaidin

Difahamkan, sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), neneknya yang menjadi ketua keluarga menyara kehidupan mereka dengan menjual kuih-muih. Tetapi kini, warga emas itu telah hilang punca pendapatan sepenuhnya, sekaligus menyukarkan kehidupan tiga beranak ini.

Oleh itu, bantuan segera telah diberikan kepada keluarga tersebut oleh pihak MyFundAction Sabah dengan harapan membawa sedikit ‘sinar’ kebahagian buat mereka.

Gambar: Tiktok/Salwanaidin

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan, boleh berbuat demikian menerusi akaun Instagram myfundaction.sabah. Bersamalah kita membantu meringankan beban mereka yang memerlukan!

Sumber : siakapkeli / Tiktok SalwaNaidin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *