Info

Rakyat fikirkan nasib hari-hari mendatang,mereka pula sibuk bergelut dengan perebut4n kuasa.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), sudah didaftarkan sebagai sebuah parti yang sah, hari ini.

Beliau berkata, kelulusan itu diberikan pada hari terakhir hari ini dan ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Saya ingin mengumumkan PEJUANG sudah didaftar sebagai parti politik dan kita berterima kasihlah kepada kerajaan.

“Apa yang kita mahukan bukan menimbulkan masalah tetapi membuat mengikut lunas undang-undang, dan parti ini sudah berjaya didaftarkan,” katanya dalam sidang akhbar secara maya, hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan pendaftaran lebih banyak ahli untuk menyertai parti berkenaan.

“Kita mengalu-alukan mereka membuat permohanan dan kita harap kita lebih cergas, selepas ini,” katanya.

Mahkamah Tinggi pada 25 Jun lalu memerintahkan Menteri Dalam Negeri untuk membuat keputusan berhubung permohonan PEJUANG untuk didaftarkan sebagai parti politik, dalam tempoh 14 hari.

Keputusan itu selepas mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman difailkan PEJUANG untuk menggesa Hamzah membuat keputusan berhubung rayuan parti itu

Sumber : beritaharian

Kalau parti baru ni ada kebaikan untuk rakyat mengharungi pandemlk c0vid ni baguslah. Rakyat makin s3ngsara..Dah tak ada masa nak fikirkan pasal perebutan kuasa antara orang2 politik ni. Korang setuju ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *