Semasa

Dengar bunyi aneh dalam beg tergantung,ingatkan apa…sekali buka..AIIah

Walaupun berlaku di luar negara, tetapi di negara kita senndiri lebih menyayat hati sebb bayi dijumpai kebanyakan sudah tidak bernyawa. Pandai buat tapi tak pandai jaga.. kalau tak nak anak tu lebih baik buat mcm ni je atau bagi kat orang.Janganlah jadi pembunvh bayi yang tidak berd0sa.

Seorang wanita di Filipina dilaporkan telah menerima satu ‘kejutan’ melalui beg galas misteri yang tergantung di pagar rumahnya.

Turut mendengar bunyi aneh di sekitar rumahnya, dia memberanikan diri memeriksa beg galas berwarna biru tersebut dan terkejut melihat isi di dalamnya.

Menurut Tribun News, beg galas tersebut rupa-rupanya berisi seorang bayi lelaki yang berada dalam keadaan sempurna.

Kejadian yang berlaku di wilayah Cotabato Selatan itu benar-benar mengejutkan Mary Kris Dela Cruz. Sebelum itu, dia mengatakan bahawa telah mendengar suara aneh  seperti tangisan seorang bayi namun tidak menyangka ia benar-benar berada di dalam beg itu.

 

“Pagi-pagi lagi saya mendengar suara seperti bayi menangis padahal di rumah ini tiada anak kecil.

“Saya mencari arah suara dan ia membawa ke pagar di pintu hadapan, ada sesuatu yang bergerak di dalam beg itu,” katanya.

 

Pihak berwajib terus menjalankan siasatan bagi mencari ibu bapa kepada bayi itu setelah menerima laporan penemuan tersebut.

Sementara itu, bayi lelaki itu kini telah dihantar ke pusat kesejahteraan sosial setempat untuk menerima rawatan di sana. Bayi itu dilaporkan hanya mengalami dehidrasi dan tidak mempunyai masalah lain yang boleh meng4ncam nyawa.

Sumber : tribunnews / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *