Info

Okay sedia semua,buat semua ni awal-awal bagi memudahkan pengeluaran icitra. Semoga bermanfaat

KURANG 10 hari lagi permohonan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuka.

Permohonan yang bermula pada 15 Julai ini hingga 30 September 2021 membenarkan pengeluaran maksimum sebanyak RM5,000 bergantung pada jumlah simpanan ahli.

Dalam pada itu, bagi korang yang bercadang untuk mengeluarkan i-Citra dinasihatkan melakukan tiga perkara berikut bagi memudahkan urusan pengeluaran.

Kaedah itu dikongsikan oleh pihak KWSP menerusi laman sosial Instagram baru-baru ini.

1. Memastikan akaun bank (sama ada akaun simpanan atau akaun semasa) yang akan digunakan berstatus aktif.
2. Maklumat peribadi dan perbankan dikemaskini.
3. Menyemak amaun simpanan semasa

PENGELUARAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada orang ramai yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Semalam, KWSP telah mengumumkan butiran lanjut mengenai permohonan skim pengeluaran ini.

Antara mereka yang layak memohon ialah pencarum berumur 55 tahun ke bawah. Ia termasuk bagi bukan warganegara dan pemastautin tetap.

Selain itu, pemohon perlulah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan dibuat.

Antara ciri keunikan i-Citra ialah pekerja dari sektor perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen juga boleh memohon. Bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000 di mana bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.

Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.

Bayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dalan akaun 2 dan sekiranya tidak mencukupi, simpanan daripada Akaun 1 akan digunakan.

Bagi yang memiliki baki akaun yang kurang, bayaran minimum adalah sebanyak RM50 dan ia perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang jika ada.

Korang boleh mengemukakan permohonan i-Citra mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021 secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my.

Sumber : sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *