Info Semasa

Doakan Ustaz Ebit negatif C0vid & cepat habis kuarantin. “Ustaz dah Tak sabar nak bantu mangsa yang kesusahan”

Doakan ye. Saya masih dalam kuarantin di Hotel Furama KL. Sayu sangat rasa, tengok orang tinggal bawah jambatan. Tinggal tepi jalan. Terpaksa tinggal dalam stor. Ada yang kelaparan.

Kurang dari sehari je buka bantuan di semua negeri. 15 nombor siapa perlu bantuan makanan ada 60 ribu orang mohon bantuan seluruh Malaysia. Bertubi call dan wasap masuk 15 no telefon. Terpaksa pilih ikut urutan dan paling memerlukan. Maafkan saya ye. Saya hari-hari doakan buat semua Allah buka jalan dan bantu. Allah pulihkan negara kita. Doakan juga buat saya ye. Saya ingin menjadi sebahagian kecil dari banyak usaha orang lain.

Terima kasih semua kru dan team di seluruh Malaysia. Buat mereka yang memerlukan juga sekitar kl selangor. Saya ada sediakan 22 Food Bank di semua cawangan elewsmart. Jangan segan cuma maklumkan pada staf di Elewsmart . Syukur dah hampir
setahun dah Foodband ni ada. Setiap hari tanpa cuti. Semoga menjadi asbab kebaikan.

 

Sumber : ebit lew

Yaallah… Lega rasa ustaz ebit dah balik malaysia kan. Semoga ustaz diberi kesihatan dan dijauhkan penyakit2 merbahaya yang boleh mengancam nyawanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *