Info

“Derit4 0tak”adik Sufi perlukan dana tampung kos pembedahan.jombantu!

Pahit getlr ujian yang datang dalam hidup Zety Norazieda Ismail, 35, tidak mampu dirungkaikan dengan kata-kata.

Pun demikian, mendengar suaranya menerusi corong telefon menunjukkan seolah-olah wanita itu cukup kuat dan sedikit pun tidak merungut dengan takdir hidupnya yang svkar.

Kepada SinarPlus, dia yang mesra disapa Zety berkata, bukan hanya seorang, tetapi empat cahaya matanya memiliki komplikasi kesihatan dan kelainan upaya.

Paling terkesan ialah anak ketiganya berusia lima tahun, Nurul Sufi Imani Jamadi yang manja dipanggil Sufi. Anak kecilnya itu disahkan mengalami masalah anuerisme otak sejak dilahirkan.

Impaknya, kanak-kanak perempuan itu sering berdepan dengan masalah pendarahan dalam otak. Sufi juga lvmpuh separuh badan pada bahagian kanan.

Cahaya mata sulungnya pula, Muhammad Badri Shafy, 12,  menghidapi sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) dan disleksia, manakala anak keempat, Muhammad Syamsi Faroukqi, 4, mengalami asma yang tervk.

Si bongsu, Muhammad Syahmi Anaqi yang kini berusia setahun mempunyai masalah penglihatan. Hanya anak keduanya, Nurul Syifa Iwani, 7, yang sihat walafiat.

Meskipun tenang ketika menceritakan keadaan kesemua zuriatnya, namun adakalanya kata-kata Zety terhenti lebih-lebih lagi ketika bercakap mengenai Sufi.

“Sufi sebenarnya dilahirkan tidak cukup bulan. Pada usia kandungan saya 32 bulan, doktor terpaksa ‘keluarkannya’. Kemudian Sufi telah ditempatkan di Unit Rawatan Intensif Neonatal selama lebih 40 hari. Ketika itu doktor memberitahu bahawa otak Sufi membengkak.

“Momen paling menakutkan saya apabila Sufi diserang sawan setiap kali menangis pada umur empat bulan. Selepas dirujuk pakar, mereka kesan wujud pend4rahan dalam 0tak dan perlu dibedah segera. Saat itu bagai nak gugur jantung ini,” katanya dengan nada bergetar.

Perlu dana RM40,000

Beritahu Zety, Sufi telah menjalani beberapa pembedahan. Ia bermula pada Jun 2016.

“Ketika berusia tujuh bulan, satu lagi pembedahan dibuat untuk memasukkan semula tempurung. Namun, pada usianya empat tahun, berlaku pend4rahan kecil yang membuatkannya sering muntah-muntah dan tidak bermaya.

“Pemeriksaan pakar mendapati, terdapat masalah saraf dalam otak dan itu telah menyebabkan badan sebelah kanannya lumpuh. Saya masih ingat, pada 28 Oktober tahun lalu, Sufi dibedah lagi,” ceritanya satu persatu.

Ujian yang menimpa Sufi berlaku tanpa henti. Kata suri rumah itu, pemasangan semula tempurung kepala lama yang dijadualkan pada Mac lalu tidak dapat dijalankan disebabkan tempurung kepala anaknya itu pecah.

Lebih menyayat hati, keadaan kesihatan Sufi semakin merosot apabila bengkak pada otak kirinya mengeras sebelum pihak hospital mengesahkan si kecil itu menghidap penyakit lebihan cecair di dalam otak atau hydrocephalus.

“Bagi mengatasi masalah itu, Sufi disaran untuk menjalani pembedahan sekali lagi pada Mei lalu untuk memasukkan shunt pada kepalanya,” katanya.

Anak kecil itu juga disaran untuk menjalani pembedahan memasukkan tempurung kepala jenis silikon yang menelan kos dianggarkan sebanyak RM40,000.

Apabila ditanya bagaimana dia mahu mendapatkan wang sebanyak itu, wanita berkenaan kelu seribu bahasa.

Kemudian Zety berkata, dia sebenarnya buntu untuk mencari wang dalam jumlah yang sangat besar.

“Saya kini memperoleh pendapatan dengan menjual serunding bunga kantan, pegaga dan bawang putih rangup serta acar. Selain simpanan hasil jualan, adik beradik dan kawan-kawan ada membantu, namun dana yang ada masih belum mencukupi,” ujarnya sayu.

Membuatkan penulis tergamam seketika apabila Zety memberitahu bahawa dia akan membawa Sufi bersamanya setiap kali pergi berniaga.

“Saya tiada pilihan lain, cukuplah sekali Sufi terjatuh dan kepalanya terkena akar pokok rambutan. Insiden itu sudah cukup mencemaskan. Anak-anak lain pula dipantau jiran,” katanya.

Ditanya mengenai bantuan daripada pihak lain, Zety berterus-terang bahawa keluarganya menerima elaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bernilai RM900 untuk menampung keperluan lima anaknya, bantuan lampin pakai buang, susu khas dan kos pengangkutan daripada pertubuhan bukan kerajaan, MyHeart.

Pun demikian, kos pembedahan untuk Sufi masih belum mencukupi. Justeru, kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin, sokongan anda amat diperlukan untuk mencukupkan dana pembedahan untuk si kecil bernama Sufi.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Public Bank 6486986829 atas nama Zety Norazieda Binti Ismail atau boleh melawat Zety dan lima anaknya di Kampung Setia Jaya, Lorong Perusahaan 2, Kamunting, Perak.

“Harap-harap ada yang sudi bantu untuk mempercepatkan prosedur pembedahan Sufi. Saya mahu anak saya terus hidup,“ katanya penuh harapan.

Sumber : sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *