Info

Cek Handset Korang Ada Tak 9 App$ Android Ini? Dipercayai Mencurl Data Log Masuk Pssword Faceb0k

Penyelidik keselamatan Dr.Web Antivirus telah mendedahkan 10 aplikasi Android yang didapati mencvri data log masuk dan kata laluan akaun Faceb0ok.

Daripada 10 aplikasi itu, 9 daripadanya ada ditawarkan dalam platfom G0ogle Play Store.

9 Aplikasi tersebut melibatkan aplikasi apliaksi suntingan foto, horoskop dan aplikasi mengunci peranti.

Berikut adalah 9 aplikasi itu yang ada ditawarkan dalam Google Play Store:-

rocessing Photo

App Lock Keep

Rubbish Cleaner

Horoscope Daily

Horoscope Pi

App Lock Manager

Lockit Master

Inwell Fitness

PIPPhoto

Menurut Dr.Web Antivirus, jumlah keseluruhan muat turun melibatkan aplikasi-aplikasi itu adalah lebih daripada 5,856,010 kali oleh penggunanya.

Aplikasi-aplikasi itu mencuri log masuk dan kata laluan facebook penggunanya dengan meminta mereka log masuk ke dalam aplikasi menggunakan nama dan kata laluan akaun facebook.

Kononnya dengan tujuan untuk menyekat daripada iklan-iklan dipaparkan pada aplikasi tersebut.

Apabila pengguna yang terpedaya dengan taktik itu, aplikasi itu akan mula memasang trojan ke dalam peranti mangsanya dan menjalankan tugas sebenarnya.

Malah penyelidik menambah, trojan yang dipasang juga menyebabkan pengguna berpotensi menjadi mangsa taktik penipuan phishing di mana mereka akan dibawa ke laman sesawang palsu yang menyerupai laman rasmi.

Keadaaan ini pastinya sangat merbahaya khususnya melibatkan laman perbankan.

Bertindak ke atas laporan Dr.Web Antivirus itu, pihak Google telah segera membu4ng apliaksi-aplikasi tersebut dari ditawarkan dalam PlayStore mereka.

Malah Google turut memb4talkan akaun pembangun aplikasi-aplikasi tersebut.

Jadi kepada pengguna Android yang ada memasang aplikasi-aplikasi yang dinyatakan di atas, anda bolehlah membvangnya dari peranti Android anda dengan segera.

Sumber : Dr.Web Antivirus / wiser

Leave a Reply

Your email address will not be published.