Info Semasa

Terharu Dengan Ustaz Ebit Lew.. Memang Layak Terima Anugerah Tu

Ustaz Ebit Lew mengakui berasa amat terharu selepas dikurniakan anugerah sebagi Duta Muhibbah Pal3stin oleh pihak kerajaan negara berkenaan.

Dalam perjumpaan tersebut, kedua-dua belah pihak turut membincangkan mengenai program kerjasama yang bakal dijalinkan pada masa akan datang.

“Terharu sebak syukur rasa bila dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah Pal3stin / Pal3stine Goodwill Ambassador. Saya cuma buat sedikit usaha berbanding ramai orang.

“Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Pal3stin, Kementerian Pembangunan Pal3stin, Kementerian Kebudayaan dan Belia.

“Mereka menyambut dan melayan dengan sangat baik. Terharu rasa. Allahuakbar. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapapun. Cuma niat nak menolong sahaja. Kami berbincang untuk program-program di Pal3stin di masa akan datang,” tulisnya.

 

Pada masa sama, Ustaz Ebit turut memaklumkan dia bersama pihak Kementerian Luar Palestin turut telah bersetuju untuk menganjurkan pameran sebagai memperingati para keluarga serta pejuang yang telah terkorbam sepanjang pergolakan yang berlaku di negara tersebut.

“Saya bersetuju bekerjasama dengan kementerian luar projek – cultural Exhibition of heroism and Sacrifice. Demi maslahat anak muda remaja disana. Identiti dan tanah mereka diambil. Berapa banyak telah terkorban.

“Ada berapa banyak keluarga dah tiada keturunan mereka. Semuanya syahid. Berapa banyak bangunan diletupkan. Anak kecil terk0rban. Jadi ini bina satu tempat untuk mengingat jati diri mereka dan yang mereka yang telah terk0rban

“Semoga menjadi asbab kebaikan. Terima kasih kerajaan Pal3stine. Terima kasih kementerian Luar Pal3stine dan semua rakyat Pal3stine. Terasa bagai semua keluarga,” katanya lagi.

 

Dikesempatan itu juga, Ustaz Ebit turut menitipkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah pun menyokong misinya itu selama ini.

“Terima kasih doa semua rakyat Malaysia. Terima kasih DS @hishammuddinhussein dan Wisma Putra. Terima kasih Kedutaan Besar Malaysia Mesir. Terima kasih PM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Menjunjung kasih Tuanku @hrhcrownprinceofjohor yang bersama misi ini dan selalu mendoakan.

“Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Menjunjung kasih Tuanku, kerana membantu dan mendoakan dari mula misi. Menjunjung kasih Tuanku. Daulat Tuanku,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga selain turut mendoakan semoga segala urusan Ustaz Ebit sepanjang menjalankan misinya itu akan sentiasa dipermudahkan.

“Bangga dengan Ustaz. Terus melakukan kebaikan Ustaz Ebit. Jadi inspirasi untuk kita semua. Kita doakan ustaz sentiasa.

“Tahniah Ustaz. Ustaz sememangnya layak. Lebih daripada layak untuk anugerah tersebut. Terima kasih atas segalanya ustaz. Segala kebaikkan Ustaz selamana ini tidak terhitung dengan jari. Terima kasih kerana terus menerus menjadi inspirasi kebaikkan kepada ramai orang.

“MasyaAllah you really deserve that Ustaz. May Allah bless you endlessly. Amin,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.

Sumber : instagram ustaz ebit lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *