Hiburan

(video) Wei Ape Benda Tu? Berani Betul…

Satu video TikTok yang memaparkan penampakan kelibat yang dikatakan ‘hantu pocong’ telah tular di media sosial.

Video tersebut bermula dengan seorang lelaki yang pada ketika itu sedang berada di kawasan dapur rumahnya telah terakam entiti yang dikatakan ‘pocong’ itu sedang berdiri dalam gelap di dapur tersebut.

Dapat dilihat dalam video tersebut, ketika lelaki itu menoleh dia telah menyedari bahawa terdapat satu kelibat yang berbungkus berwarna putih sedang berdiri dalam gelap.

Lelaki itu kemudiannya terus melarikan dirinya daripada kawasan dapur tersebut.

Menurut video itu, pocong yang palsu tidak mungkin boleh melompat seperti kelibat yang terdapat dalam video itu. Ini kerana seperti yang dilihat di dalam video tersebut, pocong itu melompat dengan cara yang agak berbeza seakan melayang.

Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video itu, namun video tersebut telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih sejuta kali.

Video:

 

Sumber : tiktok badlisyah / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *