Info Semasa

Tak sempat rehat dah hulurkan bantuan buat rakyat malaysia pula.

Nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada seluruh Malaysia. Kerja-kerja sukarelewan dan bantuan kemanusian yang digerakkannya cukup masyhur di seluruh tanah air.

Kadang-kadang, apabila timbul sahaja isu-isu masyarakat terutamanya melibatkan golongan yang tidak bernasib baik, beliau adalah antara individu terawal yang muncul menghulurkan bantuan. Malah, baru-baru ini, beliau bersama pasukannya terbang ke bumi Gaza untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan disana.

Baru sahaja pulang dan tiba di Malaysia semalam, beliau khabarnya terus menggerakkan misi bantuan makanan untuk seluruh Malaysia pula. Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh beliau sendiri di laman facebooknya sebentar tadi.

 

 

Semoga usaha Ustaz Ebit dipermudahkan dan lebih ramai individu-individu yang sedang dalam kesusahan ketika ini menerima bantuan yang sewajarnya.

Sumber : Ustaz Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *