Hiburan Info

(video)Tersesat Dalam Hutan Pukul 2 Pagi,Terdengar Pula Suara Menangis..

Orang kata, berhati-hati jika masuk ke hutan kerana di situlah segala haiwan berbahaya mahupun makhluk yang tak pernah kita jumpa berumah di sana. Kalau tak percaya, tanyalah mereka yang seringkali mendaki gunung, meredah hutan. Pasti ada kisah yang boleh dikongsi.

Sepertimana yang berlaku kepada sekumpulan pendaki yang berkhemah di atas sebuah gunung di lokasi yang tidak dimaklumkan, dipercayai di Indonesia.

Menurut Minews.id, kumpulan remaja lelaki itu terperangkap di dalam hujan sebelum mereka memasang khemah.

Sebaik sahaja hujan berhenti, mereka pun mendirikan khemah untuk bermalam. Malangnya, kira-kira jam 2 pagi, mereka dikejutkan dengan suara tangisan yang membuatkan bulu roma berdiri.

Tangisan yang kuat itu kedengaran semakin kuat tatkala mereka mencarinya sehinggalah azan subuh mula berkumandang.

“Jam 2 pagi terbangun kerana dengar perempuan menangis. Kami semua cari suaranya dari mana,” kongsi @riqndzi.

“Awalnya kami belum berani keluar khemah kerana takut juga. Dan video ini ketika keluar khemah sekitar menjelang azan subuh. Kerana antara ingin tahu dan kasihan suara menangisnya makin kuat,” kata pemuda itu.

Video :

 

Sumber : Minewsid / tiktokriqndzi / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published.