Info

“Tahniah Tuan”Barulah P0lis Dan Rakyat Berpisah Tiada..

Siapa sahaja yang tidak mengenali Ketua P0lis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal?

Sikap prihatin Ketua P0lis yang mesra disapa Tuan Ezanee itu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Biarpun sering menegaskan segala tindakan serta bantuan yang dilakukan adalah tanggungjawab dan amanah beliau, namun namanya tetap menjadi tumpuan pihak media.

Tetapi, sejak dinaikkan pangkat kepada Ketua Bahagian Siasatan J3nayah Selangor, ramai yang sudah lama tidak mendengar cerita berkenaan anggota polis berhati mulia ini.

Ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya beliau?

Bagaimanapun baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi perkembangan Tuan Ezanee di mana beliau dilihat sedang menyumbangkan bantuan barangan asas buat penduduk yang tidak berkemampuan di suatu kawasan perumahan.

Menurut pengguna Facebook bernama Syahril A. Kadir tersebut, dia berasa terkejut tatkala mendapat perkhabaran itu menerusi grup WhatsApp kejiranannya.

Tambahan lagi, setelah sekian lama tidak mendengar khabar Tuan Ezanee di media sosial.

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah, sewaktu misi bantuan itu berlangsung tiada 1 pun kelibat pihak media yang dipanggil untuk menyaksikan dan merekodkan majlis tersebut. Wah!

Dalam pada itu, Syahril meluahkan rasa kagum terhadap Tuan Ezanee kerana sanggup ‘turun padang’ membantu golongan susah walaupun beliau merupakan seorang anggota p0lis berpangkat tinggi.

Bukan itu sahaja, Tuan Ezanee juga sempat meninggalkan komen pada ‘posting’ Syahril menasihati masyarakat agar sentiasa melakukan kebaikan dalam hidup ini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keperibadian mulia Ketua Polis Daerah Petaling Jaya terbabit. Malah, ada juga yang mendoakan agar beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara suatu hari nanti.

Semoga insan seperti Tuan Ezanee sentiasa berada dalam rahmatNya. Idola terbaik buat masyarakat!

Sumber : aud1r8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *