Info

Azab Kerana Menyakiti Haiwan! Kalau Nak pelihara,Jagalah kebajikannya

DI MALAYSIA, kes pengani4yaan haiwan memang sering dilaporkan.

Ketahuilah, adab manusia tidak terbatas kepada manusia dan ALL4H sahaja, malah terhadap alam semesta
termasuk haiwan.

Firman ALL4H SWT dalam Surah Surah Al-Israa’, ayat 44: “Langit yang tujuh serta bumi dan segala isi
kandungannya memuji ALL4H. Dan tiada suatu pun kecuali ia menyanjung dengan memuji-NYA; akan tetapi
kamu tidak faham pujiannya.”

Ayat tersebut jelas memberitahu seluruh umat manusia bahawa binatang yang berkeliaran di bumi juga
memuji-NYA, walaupun pujian itu bukanlah dalam bentuk yang difahami manusia.

Justeru, nyahkanlah sikap suka mendera haiwan, sebaliknya, tanamkanlah sifat ihsan dalam diri kita.

 

Apakah maksud sebenar konsep ihsan terhadap haiwan yang diajar oleh Islam? Bagaimana pula jika terdapat haiwan yang memberi ancaman kepada kita?

Pendakwah, Mohd Fauzi Mustaffa menjelaskan, meskipun haiwan tiada akal, ciptaan ALL4H SWT yang satu itu juga
punya perasaan dan mahukan layanan yang baik.

Oleh sebab itu, katanya, ALL4H SWT merakamkan dalam al-Qvran supaya kita berbuat baik dan ihsan kepada
semua yang ada di muka bumi ini, waima sesama manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.

 

“Ketahuilah, ihsan kepada binatang itu adalah merangkumi semua jenis tidak kiralah sama ada haiwan
bernajis, tidak bernajis, halal atau haram dimakan.

“Dalam hadis banyak menceritakan tentang kucing. Walaupun si bulus itu haiwan tidak bernajis dan tidak boleh dimakan, tetapi kita perlu berbuat baik kepadanya.

“Begitu juga halnya dengan anjing yang termasuk sebagai haiwan najis mughallazah dan tidak boleh
dimakan,” katanya.

Menyambung hujah berkenaan, Mohd Fauzi menjelaskan konsep berbuat baik kepada haiwan terbahagi kepada dua
kategori. Seandainya kita membela atau memelihara binatang, penuhilah tiga hak haiwan iaitu dengan
memberi makanan, minuman dan rehat.

Ujar Mohd Fauzi, penuhilah hak-hak haiwan yang dipelihara dengan sebaiknya agar kita tidak berlaku zalim dengan
ciptaan ALL4H yang satu ini.

kerbau sawah

Jika kita membela kerbau untuk membajak sawah misalnya, wajib tunaikan semua hak tersebut. Tak boleh 24
jam bebankan kerbau berkenaan dengan membajak sawah saja.

“Sementelah, jika melibatkan haiwan yang tidak dipelihara, hak yang patut kita pelihara adalah jangan
sesekali menyakiti haiwan itu.

“Sekalipun tidak mahu memberikannya makanan, tetapi usahlah kita menyekatnya untuk makan seperti
mengurungnya. Berd0sa berbuat demikian,” tegasnya.

Bukan itu sahaja, jelas agamawan itu, konsep ihsan turut diterapkan dalam agama ketika menyembelih
haiwan untuk dijadikan sumber makanan kita.

“Nabl Muhammad SAW berpesan, apabila ingin menyemb3lih binatang, maka semb3lihlah ia dengan baik. Caranya adalah dengan menaj4mkan pis4u supaya haiwan itu tidak berasa sakit.

“Seperkara, usah sesekali kita mengasah pisau di hadapan haiwan yang hendak disemb3lih kerana ia boleh menyaklti perasaannya. Perbuatan itu adalah dilarang.

“Ingatlah bahawa meny4kiti haiwan bukanlah bermaksud kita menyeks4 fizikalnya saja, tetapi juga
perasaannya,” katanya.

Tuturnya lagi, konsep ihsan juga diterapkan ketika menyemb3lih haiwan iaitu dengan cara men4jamkan
pis4u.

Begitu juga halnya dengan haiwan yang tidak boleh dimakan seperti binatang perosak atau jenis yang
mendatangkan mvdarat kepada manusia. Seandainya dibvnuh, terapkan juga konsep ihsan.

“Ertinya, jangan meny4kiti atau menyeks4 binatang tersebut. Sebaliknya, bunvh dengan baik iaitu sekali
buat, terus m4ti,” katanya.

Meneruskan perkongsian ilmunya, Mohd Fauzi kemudian menceritakan kisah penganiayaan terhadap haiwan
yang boleh dijadikan iktibar agar kita tidak berlaku zalim terhadap makhluk ALL4H SWT.

unta

Ketika dalam suatu perjalanan, Rasulullah SAW terlihat seekor unta yang sedang merintih dan mengalirkan
air mata. Baginda segera mendekatinya dan mengusap lembut bahagian belakang telinga hingga unta itu
tenang.

Lantas, baginda dalam nada yang tegas bertanyakan: “Siapakah pemilik unta ini?“ Maka, seorang lelaki
Ansar menjawab dengan jujur: “Sayalah pemilik unta ini, ya Rasvlullah.”

Lalu, baginda SAW menegur lelaki itu: “Tidakkah kamu takut kepada ALL4H hingga kamu memperlaku binatang yang DIA berikan kepada kamu? Perutnya kamu laparkan, tubuhnya kamu letihkan dengan kerja paksa yang tiada henti dan di luar kemampuannya.“ (Riwayat Abu Daud)

Dalam sebuah hadis masyhur, ujar Mohd Fauzi, Rasvlullah SAW telah memberi peringatan dan anc4man
terhadap seorang wanita yang tidak memberi makan dan minum kepada kucingnya ketika mengvrungnya.
Bahkan, haiwan comel berkenaan turut tidak dilepaskan untuk mencari makanan sendiri.

Baginda SAW bersabda: “Seorang perempuan di4zab disebabkan seekor kucing yang dia kurung hingga m4ti
kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya.“ (Riwayat al-Bukhari)

Cintailah haiwan sebagaimana sayangnya Nabi Muhammad SAW kepada semua makhluk ciptaan ALL4H SWT.

Berdasarkan hadis berkenaan, sudah terang lagi bersuluh, kita dilarang keras menyaklti haiwan apatah
lagi mendera atau meny3ksanya, ungkap Mohd Fauzi.

Namun apabila berdepan dengan haiwan yang boleh meng4ncam ny4wa kita, Mohd Fauzi berkata, “Contohnya,
apabila ular masuk ke dalam rumah, Nabi Muhammad SAW berpesan agar kita tidak terus membunvhnya.
Sebaliknya, berilah am4ran supaya ia keluar rumah.

“Ini kerana dikhuatiri ul4r tadi barangkali ialah jin yang menjelma dalam bentuk haiwan yang ditakutl
oleh manusia.

“Ketahuilah, dalam istilah perubatan Isl4m, ada penyakit yang dipanggil sebagai badi haiwan. Ia berlaku
apabila kita menyakiti binatang dengan sengaja yang menyebabkan badi tadi akan terkena kepada pelakunya mahupun keluarganya,” ujar beliau.

Sementara itu, fakta yang dilontarkan oleh Mohd Fauzi turut dipersetujui oleh pendakwah Ahmad Fuad
Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da’i Fuad.

Beliau menambah, salah satu bentuk penganiayaan terhadap haiwan termasuklah apabila kita menggunakannya
untuk tujuan kepercayaan syirlk.

“Umpamanya, menggunakan dan mempercayai ikan puyu dapat menghalau serta memakan makhluk ghaib. Begitu juga mempercayai rawatan yang memindahkan sakit daripada manusia kepada seekor ayam misalnya. Semua ini termasuk antara perkara yang sangat z4lim kepada haiwan kerana mempergunakannya,“ tegas beliau.

Bagaimana pula jika kita pernah mengani4ya haiwan seperti melastik burung suatu ketika dulu tanpa
sengaja ketika diri masih jahil?

Menjawab persoalan itu, Da’i Fuad menjelaskan, taubat paling baik adalah dengan mengakui kelemahan dan
kesalahan diri, menyesal dengan kemaksiat4n dilakukan dan berazam tidak mengulanginya.

“Satu lagi, lakukanlah infak atau sedekah jariah kepada haiwan-haiwan ’sebangsa’ dengan binatang yang
pernah kita saklti. Beri makan sebagai tanda memohon maaf kepada haiwan tersebut. Lakukan semuanya ikhlas kerana ALL4H SWT.

“Walaupun haiwan itu tidak berakal, tetapi apabila kita memuliakan dan menghargainya, ALL4H SWT akan
memberi timbal balas yang baik kepada kita,“ pesannya.

 

ANEKDOT

RASULULLAH SAW pencinta haiwan.

  • Nabi Muhammad SAW ialah rasul yang sangat menyayangi haiwan dan setiap makhluk yang dijadikan oleh
    ALL4H SWT dalam kehidupannya.
  • Oleh sebab kecintaan itulah, baginda meletakkan nilai kepada haiwan-haiwan tersebut.
  • Sikap itu dapat dilihat apabila Rasuvullah SAW menamakan haiwan-haiwan yang selalu menjadi tunggangan
    baginda.
  • Antaranya dalam satu riwayat, disebutkan bahawa kekasih ALL4H itu meletakkan nama al-Murtajaz
    terhadap kuda tunggangannya. Nama itu diilhamkan oleh baginda SAW kerana keindahan warna putih kuda
    berkenaan, selain kekuatannya.
  • Sebab itulah menamakan haiwan tunggangan kita termasuk antara sunah Rasulullah SAW.

Kucing sangat gemar dengan kotak, ini sebabnya

  • Walaupun mungkin kita beli kereta yang sudah pasti ada jenamanya, tidak salah kita meletakkan nama
    kepadanya. Ia sebagaimana baginda SAW membubuh nama al-Qaswa kepada unta miliknya.
  • Bukan itu sahaja, Rasvlullah SAW juga menyayangi kucing dan kambing.
  • Disebabkan sifat penyayang itu, baginda SAW begitu menjaga makan dan minum haiwan berkenaan serta
    mengehadkan tugasan binatang berkenaan mengikut kemampuan stamina masing-masing.
  • Andai kata seekor haiwan tunggangan baginda tidak mampu bekerja keras atau ke medan perang, maka
    Rasvlullah SAW tidak akan menggunakan kuda tersebut untuk tujuan itu. Begitu juga dengan haiwan yang
    uzur dan tidak kuat dalam perdagangan.

Sumber : Sinar Islam Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *