Info

“Tak Cerita Banyak Terus Tangkap”.Jaga-jaga ye

“Sesiapa berkumpul esok, polis akan terus tangkap” – Amaran tegas Datuk Ayob Khan.

KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi amaran polis akan menangkap sesiapa sahaja yang mengadakan perhimpunan di mana-mana lokasi negeri itu tanpa memberikan amaran bersurai.

Beliau berkata, Polis Johor juga sudah menggerakkan semua elemen keselamatan termasuk kawalan bersesuaian jika terdapat perhimpunan seperti yang didakwa akan diadakan di beberapa lokasi bertujuan membantah lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sesiapa yang berkumpul tengah hari esok, kita akan terus tangkap. Zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) nak berkumpul buat apa, baik duduk rumah.

“Polis Johor sudah ambil langkah awal memantau. Kalau ada mana-mana individu atau kumpulan yang berkumpul kita akan terus ambil tindakan. Tiada lagi nak beri amaran,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Ayob Khan mengulas video Anonymous berdurasi dua minit 40 saat yang tular di media sosial sejak semalam mengajak orang ramai berhimpun bagi membantah pelaksanaan PKP menerusi operasi Black Democracy.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta perhimpunan susulan tular satu rakaman video mengajak orang ramai berhimpun pada jam 12 tengah hari di beberapa lokasi, esok.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, dilaporkan berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mereka yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumber : pasal johor x

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *