Info

kereta Tak Kedap? Cuba Ikut cara Ni Mesti Berkesan

SELALU kalau korang drive lebih 100km/j, korang ada dengar bunyi bising yang sangat mengganggu di bahagian pintu tak?

Andaian bunyi tu adalah pintu kereta tak betul-betul rapat dan itu adalah bunyi angin masuk kereta.

Kalau korang syak pintu tak betul-betul rapat atau kedap, ini lah 3 sebab dan ada 3 TIPS yang sangat membantu.

Jangan gunakan “Sound Proof” (Silence Door) dahulu, jika bunyi angin kuat masuk ke kereta. Admin kongsikan 3 sebab bunyi angin masuk kereta dan cara atasinya:

 

1. GETAH CERMIN. Semasa sedang memandu dan anda dengar bunyi bising pada tingkap, turunkan tingkap kereta anda dahulu.

Sekiranya bunyi tersebut hilang, bermaksud getah cermin dah kurang. Sekiranya anda tak nak tukar getah cermin tersebut, anda boleh meletakan silicon getah untuk tingkap. Benda ni ada dijual di kedai accessories kereta atau hardware.

2- PINTU DAH JATUH. Anda boleh tengok dari luar secara tegak samada pintu kereta pada bahagian depan dan belakang lurus atau tidak? Tengok dekat pada garisan pintu.

Sekiranya tak lurus, buka pintu seluasnya kemudian goyangkan secara atas bawah beberapa kali. Sekiranya ada free play, ini bermakna door hinges dah kurang.

Maka korang kena tukar. Harga dari RM10 hingga RM50 bergantung pada model kereta tersebut.

3- GETAH PINTU. Buka pintu dan tengok kondisi getah pintu samada terkoyak atau terlipat. Sekiranya ada koyak? Anda kena beli yang lain nampaknya. Tampal pun dah tak guna.

Korang boleh gunakan Soundproof yang ada dijual sekiranya semua tips di atas tidak berkesan mungkin kerana kereta lama, semuanya banyak yang longgar.

Cuba dulu tips diatas bagi mengurangkan kos membaiki nya. Soundproof adalah getah tambahan yang halang angin masuk dari luar sekaligus kereta jadi kedap bunyi.

Tapi kalau dah senyap sangat nanti bila ᴀᴍʙᴜʟᴀɴᴄᴇ lalu pun tak dengar, hahaha. Okay Admin bergurau saja.

Sumber : trendinghabis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *