Info

Jangan Ambil Mudah Paip Gas Dapur Memasak Bocor.. “Nasib Baik Ada Jiran Kalau Tidak..”

Tindakan pantas oleh seorang lelaki menyelamatkan anak dan isterinya ketika api sedang marak di dapur berpunca daripada kebocoran gas di kediamannya.

Bagaimanapun ia berjaya dipadamkan selepas lelaki menggunakan cara yang betul untuk memadam kebakaran tersebut. Oleh itu, setiap orang perlu pastikan keadaan gas di rumah anda selamat untuk digunakan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Kejadian ngeri ini dikongsikan oleh Affin Azmee menerusi laman Facebooknya. Katanya, semasa kejadian dia tidak memikirkan tentang dirinya malah dia lebih memikirkan tentang keselamatan anak-anak dan isteri serta orang sekelilingnya. Mujur ada jiran yang datang menolong.

Pesannya, dalam keadaan begini sebagai ketua keluarga anda tidak perlu panik kerana apabila panik dan cemas akan memudaratkan lagi keadaan.

Kejadian ngeeri seminit..gas bocor api sambar tong gas…”

Tak perasan gas tu ade bocor halus..api terus sambar dekat laluan gas tuh..memang seminit tapi dalam mase seminit tu..allah je tahu macam mane perasaan..fikir anak-anak. Fikir bila-bila mase dia akan meletop. Aku dekat sangt dengan tong gas..risau melet0p jer hancvr muka dengan badan aku..aihhss macam-macam la fikir. Anak-anak dah menangis..

Alhamdulillah.. jiran sebelah datang membantu padamkan api tengah marak..

Tips..kena tenang waktu api tengah sambar.. Suruh anak-anak dan wife keluar dari rumah.  Cari kain, basahkan kain. Biar sampai lenjun kain tuh… pastu tekup terus semua permukaan gas tuh guna kain basah. Insyallah, api terus padam..

Cuma gas je akan keluar, biar sekejap..tutup terus kepala gas yang keluar tuh guna kain basah. Jangan pegang tong gas, tong masih panas boleh melecur tangan.

Take note semua kalau ade yang terjadi. Cuba buat cara macm tuh, tekup kain yang basah lenjun tuh. Tutup semua permukaan tong gas… Sambil call bomba kecemasan.

Jangan biar api tu marak, cari jalan lain. Sementara bomba datang…

Jangan terlampau panik sangat. Kita akan tinggal api yang sedang marak dan selamatkan anak-anak bini dan biarkan api tu marak. Cuba cari jalan untuk kurangkan api merebak..Insyallah, rumah selamat, nyawa selamat.

Sumber : Affin Azmee  / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *