Info

Benda Boleh Senang Buat Apa Susah-susah ” Bertunang Kat G00gle Meet Je”

Umum sedia maklum, Malaysia masih lagi dalam tempoh Perint4h Kaw4lan Pergerakan (PKP). Menurut Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dilaksanakan kerajaan, seluruh negara dikekalkan pada Fasa 1 di mana pergerakan rentas negeri dan aktiviti sosial seperti majlis masih tidak dibenarkan.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter, ciapan dari seorang wanita yang melangsungkan pertunangan secara atas talian melalui platform Google Meet.

Gambar: Twitter @syamieranis

Melalui akaun Twitternya @syamieranis, wanita tersebut memuatnaik ciapan berbunyi “Done tunang dekat Google Meet. Katanya hadiah second year anniversary.”

Ciapan tersebut mendapat sorotan warga net apabila diulang ciap sebanyak 1.7 ribu kali setakat ini.

Nursyamiera Hanis Sapran, 25, melangsungkan pertunangan di samping kedua ibu bapa di kediamannya di Johor Bahru manakala tunangnya kini sedang bekerja di Singapura.

Gambar: Twitter @syamieranis

Hanis ketika dihubungi berkata, dia dan tunangnya sudah merancang majlis pertunangan mereka sejak akhir tahun lalu.

“Patutnya tunang bulan dua (tahun ini), then tak jadi sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kan.

“Lepas tu tunda bulan empat, tapi masih tak boleh teruskan sebab tak boleh buat majlis,” kata Hanis.

Menurut Hanis, dia sudah membuat tempahan pelamin, make up dan hantaran sejak bulan 11 tahun lepas, tapi apakan daya dia hanya mampu merancang.

Walaupun begitu, pertunangan atas taliannya berjalan lancar dan mendapat sokongan dari kedua buah keluarga.

Sumber : Twitter syamieranis / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *