Info

“Tiada Yang Mustahil” Muda Lagi Dah Jana Pendapatan 5 angka Sebulan…

“Apa yang ibu bapa ada dan mampu berikan itu hanyalah bonus. Ilmu boleh jana pendapatan. Tetapi pendapatan tak semestinya boleh menjana ilmu. Biar bermula dari bawah agar merasa susah senang berniaga.”

Usahawan hebat, Dato’ Hajah Sharifah Shareen Almashoor yang masih cantik dalam usia 41 tahun.

Cukup mendalam pesanan usahawan hebat, Dato’ Hajah Sharifah Shareen Almashoor atau Dato’ Shareen buat 2 anak perempuannya.

Satu ketika dulu nama usahawan jelita berusia 41 tahun ini pernah tular di media sosial.

Puteri Balqis (kiri) dan Puteri Zara.

Dua anak perempuan Dato’ Shareen yang baru berusia belasan tahun dan pandai berniaga.

Beliau disanjung sebagai ikon usahawan yang rajin berbagi rezeki. Sehingga kini beliau masih aktif melakukan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan antaranya misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang.

Dato’ Shareen merupakan pemilik Hotel The Lov Penang. Walaupun industri hotel kini terjejas kerana pandemlk C0VID-19 namun beliau mengambil inisiatif lain dengan menjadikan hotel tersebut sebagai ruang acara bagi majlis perkahwinan untuk akad nikah serta majlis harijadi.

Selain itu, Dato’ Shareen turut mengendalikan bisnes keluarga iaitu ‘Saudagar Arab Malaysia’ yang hampir 40 tahun beroperasi secara tradisional.

Namun bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020, Dato’ Shareen menukarkannya kepada online. Hasilnya, jualan kurma ketika itu melonjak dan tertinggi dalam sejarah 40 tahun pengimportan kurma dan makanan sunnah Timur Tengah oleh Saudagar Arab Malaysia.

Dato’ Shareen dan anaknya, Puteri Balqis ketika di majlis infak Jumaat anjuran Saudagar Arab Malaysia Ramadan tahun lalu.

Kurma import berkualiti tinggi yang dijual oleh Saudagar Arab Malaysia.

KEUNTUNGAN 5 ANGKA KETIKA PKP
Baru-baru ini di Instagram miliknya, beliau telah berkongsi di mana 2 anak perempuannya, Puteri Balqis (17) dan Puteri Zara (14) berjaya meraih keuntungan 5 angka dalam online business mereka yang mula dilakukan sejak PKP tahun lalu.

Tulis Dato’ Shareen di ruangan kapsyen: –

“Sebelum ni Qis dan Zara asyik dok tanya jadi ke PKP ni. Excited sangat nak tahu kita kena PKP sekali lagi ke tak. So saya pun tanya kenapa you both ni excited sangat nak tahu jadi ke tak PKP? School is still on going, online or offline tak kiralah PKP or not. Rupa-rupanya they are excited to kick off their own small business yang mereka berdua punya idea, plan, design all sendiri. Katanya best berniaga masa PKP ni.

Last PKP (March 2020) bisnes Qis – Qissell buat sales 5 angka sebulan, dan total sales 6 angka jugalah. Itu kali pertama dia cuba online business. So kali ni nak buat lagi. Alang-alang hari-hari online let us make it worthwhile, katanya.

Bila dengar tu, terdetik di hati saya ‘Yes actually kita tak boleh ubah situasi atau keadaan yang terjadi tapi apa yang kita boleh ubah adalah cara kita lihat situasi itu sendiri. Insya-Allah semoga PKP 2.0 ini beri kebaikan buat kita semua.”

Menurut Dato’ Shareen, ketika PKP tahun lalu beliau menggalakkan anak-anaknya untuk mula membuat online business. Mereka telah menjual baju raya. Manakala PKP tahun ini pula mereka menjual biskut iaitu ‘Zaqis Cookies’.

DEDAHKAN ANAK DENGAN BISNES SEJAK AWAL

“Sebenarnya sejak mereka di bangku sekolah lagi saya dah dedahkan mereka dengan aktiviti bisnes. Saya sering membawa mereka ke kelas-kelas bisnes yang saya ikuti contohnya online class. Walaupun ketika itu mereka tidak faham sangat sebab masih sekolah rendah.

Saya juga tak pernah kisah kalau mereka tak gunakan ilmu itu. Sebab saya yakin walaupun mereka tidak menggunakannya waktu itu tetapi sekurang-kurangnya ilmu itu dah ada dalam diri mereka. Tahap keyakinan pun bertambah. Cuma belum diguna pakai saja lagi.

Selain itu, setiap kelas yang saya kendalikan untuk agen-agen ataupun bila saya dapat jemputan untuk buat talk, saya akan bawa mereka bersama. Memang berbeza zaman mereka dengan zaman kita dulu. Walaupun ilmu mereka sedikit tetapi mereka lahir dalam zaman teknologi digital.

Soalan yang selalu saya tanya kepada mereka ialah apa peluang perniagaan yang mereka nampak sekarang. Kemudian saya akan bantu dengan menunjukkan jalan kepada mereka. Caranya begini:

Saya akan minta mereka buat dahulu swot analysis.

Cari syarikat mana untuk mereka jadikan role model atau benchmark.

Apa stail perniagaan pilihan mereka.

Berapa target pendapatan mereka untuk 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun. (ini soalan paling sukar untuk mereka jawab)

Untuk bisnes ‘Zaqis Cookies’ mereka akan mula dengan modal sendiri hasil keuntungan berniaga sebelum ini. Tanpa modal daripada saya pun mereka mampu bergerak sendiri, alhamdulillah.

Insya-Allah dengan wang terkumpul mereka setakat ini sudah boleh membiayai kos sambung belajar mereka di kolej. Walaupun insurance untuk pembelajaran mereka sudah ada tetapi saya tetap mendidik anak-anak agar mendapatkan sendiri apa yang mereka mahu.

Apa yang ibu bapa ada dan mampu berikan itu hanyalah bonus. Ilmu boleh jana pendapatan. Tetapi pendapatan tak semestinya boleh menjana ilmu. Maka sebagai ibu, saya sokong apa yang mereka minat.

Saya juga sentiasa berkongsi tentang baik buruk perniagaan. Ini kerana ilmu amat penting dalam dunia perniagaan hari ini. Biar mereka mula dari bawah, rasa susah senang berniaga.

Pesanan saya buat mereka, berniaga ikut peredaran zaman dan kesesuaian waktu. Bukan untuk buat duit semata-mata sebaliknya cari pengalaman dan faham susah senang mencari rezeki. Hidup ini perlu berpijak di bumi yang nyata.”

Sumber :  datoshareenalmashoor / balqis / n0na

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *