Info Semasa

(video) Perggh Dpat Rakam “Pangkal Pelangi” Depan Mata tu….Cantiknya

Pelangi sememangnya salah satu daripada fenomena alam yang sangat indah. Ia timbul hasil daripada pembiasan dan pantulan  cahaya matahari.

Kebiasaannya, kita dapat melihat bentuk pelangi dalam keadaan lingkaran yang separuh sahaja. Disebabkan itu juga, mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu di manakah hujung ‘kaki’ pelangi tersebut.

Ada ke yang pernah tengok hujung pelangi depan-depan mata sendiri? Kalau ada, korang sememangnya sangat bertuah kerana bukan mudah untuk ‘menemui’ keindahan itu.

Sama bertuahnya dengan seorang lelaki dari Indonesia ini yang sempat merakam hujung pelangi.

Video yang dimuatnaik di TikTok itu menyaksikan bahawa hujung pelangi tersebut berada betul-betul di jalan berhampiran kawasan perumahannya.

Video :

 

Dengan hujan yang renyai, dapat dilihat ‘hamparan’ pelangi di langit itu berakhir pada jalan tersebut.

Lelaki yang merakam video itu kedengarannya sangat teruja dan kagum melihat hujung pelangi itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang juga turut teruja kerana pertama kali melihatnya.

Sumber : tiktok iri b1 / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *