Info

Semakin Rmai Ksempitn Hldup Saat Ini. Seorg Collect0r Terpaksa Jval ” Kasut Convrse Tertu.a”

Bagi seorang ‘collector’ tegar, setiap barang-barang lama atau dipanggil ‘vintage’ ini pasti mempunyai nilai sentimentalnya yang sendiri. Sebagai contoh, jika berjaya memiliki koleksi tertua di dunia, pada mereka ia bukanlah sekadar koleksi.. tapi adalah sejarah yang tak ternilai.

Begitulah tingginya nilai sesuatu barangan itu. Di Malaysia misalnya, terdapat ramai ‘collector’ barangan ‘vintage’ yang sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit demi memiliki ‘artifak’ bersejarah yang ‘rare’ dan unik.

Namun macam yang kita faham, situasi ekonomi yang ‘suram’ pada hari ini telah memaksa kebanyakan orang untuk bergolok-gadai apa sahaja untuk terus bertahan. Begitulah juga yang dihadapi oleh seorang ‘collector’ ini, Jeroong Wia atau Wan Irfayuim Azim.

Mungkin ramai tidak tahu, Jeroong Wia merupakan ‘collector’ yang berjaya memiliki kasut berjenama Converse buatan pertama dunia. Namun, demi kelangsungan hidup, dengan berat hati dia terpaksa ‘melepaskan’ kasut tersebut berdasarkan perkongsiannya di Facebook.

Demi melangsungkan kehidupan, dengan ini saya dengan berat hati terpaksa melepaskan koleksi kasut Converse yang pertama di dunia yang dihasilkan pada tahun 1917 dengan nama Converse Non Skid. Semuanya masih lengkap kecuali tali kasut yang sudah reput dan juga tapak satu kasut pecah sedikit. Item ini adalah item collection bukan item untuk dipakai (kecuali anda pemilik kasut ini nak pakai silakan).

Kasut ini didatangi bersama-sama dengan sepasang seluar pendek basketball berserta pelindung lutut bagi permainan basketball pada suatu ketika dahulu dan seluar tersebut bertarikh 1916. Mengikut daripada tuan asal empunya kasut ini dahulu, seluar dan pelindung lutut ini dijumpai bersama-sama kasut ini dan disimpankan ia sehinggalah suatu hari mengalami masalah kesihatan dimana terpaksa menjual segala hartanya yang ada.

Bagi sesetengah orang yang kurang faham atau kurang minat dalam perihal ini akan meremehkan dan mengkeji tentang hal ini dengan mengatakan “Kasut buruk tak boleh pakai pon nak jual lagi” atau “Baik beli di butik” dan sebagainya, tetapi bagi pencinta/pengkaji tentang sesebuah vintage sneakers, ini bukan sekadar kasut. Ianya adalah sejarah.

Apa yang saya tahu, ada sepasang lagi kasut ini berada di dalam muzium Converse di Boston di dalam simpanan rapi pihak mereka. Jadi dengan ini, saya menawarkan untuk collector atau peminat/pengkaji sejarah kasut bagi memiliki kasut ini pula.

Untuk urusan yang lebih lanjut, boleh hubungi saya di ruangan Facebook ini atau bagi yang memiliki nombor saya boleh hubungi secara terus. Harga tawaran saya bukakan adalah RM40,800 dan anda akan jadi pemilik baru kasut Converse 1917 ini. Bagi pembeli, saya akan menghadiahkan 3 lagi pasang kasut Converse dari tahun 1950,1960 dan 1970.

Bagi ingin melihat koleksi lain boleh follow page saya WIA Global Store. Saya ada menulis panduan bagi kasut Converse vintage. Terima kasih.

Apa kata netizen

Perkongsian Jeroong Wia ini meraih hampir 6,000 ‘Likes’, lebih 1,800 komentar serta turut dikongsi sebanyak 4,500 kali setakat ini. Rata-rata netizen bersimpati, malah ada yang melontarkan pandangan mereka.

Semoga ada insan yang sudi membeli kasut bersejarah ini. Amiin.

Sumber : jeroong wia / siakapkeli

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *