Info

“Pergi Sedang 4Anak Masih Kecil” Sekadr Ingatkan Kalau Ada Dult Lebih ,Buatlah Simpnan Atau Hibah Untuk Anak Isterl Kita.

PASIR GUDANG – Lelaki yang ditemukan lem4s ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terjatvh ke dalam longkang di Taman Cendana, petang tadi merupakan bapa kepada empat cahaya mata.

Allahyarham Mohd. Asraf Mohd. Hisham Tan, 32, yang merupakan seorang penghantar barangan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah ketika kejadian.

Menurut abang m4ngsa, Mohd. Izhar, adiknya meningg4lkan seorang isteri yang tidak bekerja dengan empat orang anak yang masih kecil berusia antara enam bulan hingga lima tahun.

Dalam kejadian itu, dia difahamkan Mohd. Asraf terus terjvn ke dalam longkang terbabit selepas menyedari terdapat seorang kanak-kanak dalam keadaan terkapai-kapai dihanyutkan arus deras.

“Adik saya bekerja sebagai ‘runner’, ketika dia dalam perjalanan pulang, dia ternampak seorang kanak-kanak lelaki terjatuh ke dalam longkang.

“Tanpa berlengah dia terus terjvn ke dalam longkang berkenaan bagi membantu menyelamatkan kanak-kanak itu.

“Bagaimanapun air terlalu deras ketika itu menyebabkan dia turut dihanyutkan sekali,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.12 petang itu, mangsa dan seorang kanak-kanak berusia 13 tahun ditemukan l3mas dalam sebuah longkang berdekatan M4sjid Taman Cendana.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa berjaya menemukan kedua-duanya pada pukul 6 petang sebelum ditamatkan pada pukul 7 petang selepas seorang lagi kanak-kanak yang dikhuatiri l3mas ditemukan dalam keadaan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *