Info

Antara Halwan Yg Boleh Rasa Kehadiran Makhlvk Halus

Bukan semua orang boleh merasakan kehadiran makhluk halus. Hanya mereka yang dikurniakan kelebihan yang luarbiasa mempunyai kemampuan seperti ini. Selain itu, ada juga orang yang walaupun tidak mampu melihat makhluk halus, mereka yakin dan boleh merasakan ada hal yang aneh di sekitar mereka.

Salah satu simbol alam yang boleh menunjukkan keberadaan makhluk halus adalah dengan perilaku haiwan di sekitar kita.

Apakah jenis binatang yang dimaksudkan? Jom baca.

Cicak

Tidak ramai orang yang menyukai cicak. Cicak juga boleh menunjukkan keberadaan makhluk halus seperti pontianak. Kononnya, apabila Anda berada dalam suatu ruangan dan tiba-tiba cicak masuk sambil berbunyi, maka di situ sedang hadir makhluk halus.

Kunang-kunang

Kunang-kunang mungkin dianggap sebagai binatang yang mampu melahirkan suasana yang romantik. Binatang yang disebut fireflies ini merupakan serangga yang indah kerana mampu mengedipkan cahaya yang indah seperti bintang. Namun di balik keindahan itu, kunang-kunang punya mitos yang cukup menyeramkan.

Kunang-kunang sering disebut sebagai kuku orang mati atau jelmaan iblis. Meskipun bentuknya sudah jelas sebagai serangga, namun kedipan lampu haiwan ini masih sering jadi pertanyaan dan perdebatan di kalangan pengkaji.

Ayam jantan

Di antara semua makhluk yang mengandungi mitos, mungkin ayam jantan adalah salah satu yang mengandung mitos paling baik. Anda mungkin tidak jarang mendengar ayam berkokok. Namun bagaimana bila ia berkokok sebelum pagi hari ataupun di tengah malam atau dini hari jauh sebelum subuh?

Menurut mitos pertama, apabila ayam berkokok sebelum waktunya, maka sedang ada gadis yang hamil di luar nikah. Namun hal tersebut mungkin tidak begitu dipercaya dibandingkan dengan mitos kedua yang lebih baik. Apabila Anda mendengar ayam berkokok di tengah malam, sebaiknya anda berdoa kerana ayam tersebut sedang melihat malaikat

Tokek

Selain cicak, reptilia lain yang kurang disukai dan mengandung misteri adalah tokek. Binatang yang satu ini konon berhubungan dengan ilmu sihir. Bahkan ada juga yang mengatakan bahwa tokek adalah binatang jelmaan jin atau syaitan. Mitos tokek tidak jauh berbeza dari cicak. Apabila Anda mendengar tokek berbunyi, kononnya di tempat tersebut terdapat makhluk halus yang sedang menunggu.

Anjing

Anjing adalah salah satu binatang yang paling sering dijadikan peliharaan. Mungkin mereka yang membelanya terhibur dengan tingkah anjing yang mencuit hati, namun apabila anda mendengarnya melolong atau menggonggong di tengah malam maka sebaiknya Anda berhati-hati.

Berbalik dengan ayam yang berkokok di tengah malam, bila anjing menggonggong di tengah malam, maka hal itu boleh jadi bukan kerana ia melihat orang asing yang bermaksud jahat, melainkan bisa menjadi alarm akan keberadaan makhluk halus.

Burung gagak

Ada beberapa jenis burung yang menandakan sesuatu yang buruk tentang kematian dan berkaitan dengan makhluk halus. Burung yang pertama adalah burung hantu. Burung ini sering digunakan dalam film horor dan dipercaya sebagai burung peliharaan hantu yang mengerikan dan dianggap sebagai simbol kematian.

Burung lainnya adalah burung gagak. Kononnya bila di rumah ada burung gagak yang berputar-putar, maka hal itu menunjukkan akan ada orang yang meninggal dunia. Burung gagak juga dikabarkan menjadi burung yang memberikan petanda buruk tentang kematian.

Kucing hitam

Di beberapa negara Eropah, kucing terutama yang berwarna hitam dianggap sebagai makhluk mistik. Hal ini karena mereka percaya bahawa kucing adalah jelmaan penyihir. Tidak ramai orang yang meyakini bahawa kucing adalah haiwan pembawa sial walaupun ada pernigaan yang menggunakan simbol kucing dan memelihara kucing sebagai pembawa keuntungan. Selain itu, kucing hitam yang melewati mayat dianggap sebagai pertanda yang kurang baik.

Walau bagaimanapun cerita ataupun maklumat yang seperti ini kita ini tidak boleh kita letakkan kepercayaan sepenuhnya kerana  biasanya ianya lebih kepada mitos semata-mata  dan mengikut kepercayaan lama. Kebenarannya juga tidak pasti sejauh mana.

Wallahualam…

Sumber : makcikbawang club / semakanpermohonan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *