Info

“Hidayah milikNYA”Anggota A.T.M Lafaz Syahadah Depan Pegawai

Anggota T3ntera Dari Sarawak Peluk Isl4m.

Sesungguhnya All4h SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada All4h SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya. Hidayah All4h datang tanpa diduga, malah dalam pelbagai bentuk dan cara membuatkan seseorang insan terbuka hati untuk kembali kepada fitrahnya.

 

Terbaru, seorang pemuda yang juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Sarawak mengambil keputusan bagi mengucap dua kalimah syahadah.

Memilih nama Faez Hafizuddin Peter Abdullah sebagai nama Isl4mnya, proses tersebut disempurnakan oleh beberapa pegawai yang bertempat di Surau An-Nur, Kem Tebrau Johor Bahru pada Rabu lalu.

Pertubuhan Kebajikan Isl4m Malaysia (PERKIM) bahagian Johor pula menguruskan prosedur pendaftaran pengislaman selain membantu serta membimbing pemuda berkenaan setelah bergelar saudara baru.

 

Posting dimuat naik di laman Facebook Perkim Bahagian Johor itu mendapat 274 perkongsian dan lebih 1,000 tanda suka serta komen netizen yang mengucapkan syukur kerana bertambah lagi umat Nabi Muhammad.

Majalah ilmu: Orang yang mendapat hidayah All4h, akan menikmati kemanisan iman. Mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan tingkah lakunya, contohnya mereka kuat bekerja, rajin berusaha,patuh kepada suruhan All4h, dan meninggalkan larangannya.

Namun begitu, kita hendaklah berusaha utk mndpatkan hidayah All4h kerana manusia tidak berkuasa memberikannya.

Akhir Kata

Alhamdulillah,Semoga All4h Sentiasa Memberi Kita Hidayah Nya.

Sumber : majalah ilmu com / mymediamaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *