Semasa

[Video]Agak-agak Lah.. Ni Nak Bergurau Ke Ape? Budak lelaki Berjaya Diselamatkan Tentera Lepas Terapung Selama 3 Jam Di Tengah Laut

Tular berkenaan satu video yang memaparkan tentera Indonesia selamatkan seorang kanak-kanak terapung di tengah laut selama 3 jam.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kepulaun Seribu, Indonesia pada Jumaat (18/6/2021).

Komander Jeneral Angkatan Laut Indonesia, Nanang Khunaifi menyatakan bahawa kanak-kanak itu kali pertama ditemui ketika pihaknya sedang melakukan rondaan.

“Sekitar jam 8.30 waktu tempatan, KRI Sembilang-850, yang melakukan rondaan keselamatan marin di perairan Pulau Laki Barat Laut, melalui penyelianya melihat kontak visual objek terapung di haluan lambung kiri pada jarak 100 meter. Setelah mendekati kira-kira jarak 50 meter, sosok seseorang kelihatan sedang terapung,” jelasnya.

Komander KRI SBL-850 kemudiannya telah menghantar sejumlah pasukan dan bot penyelamat untuk melakukan penyelamatan dan evakuasi.

“Kanak-kanak itu berusaha untuk mempertahankan daya apungnya, berenang tanpa hala tuju kerana dia tidak tahu di mana daratan. Pasukan penyelamat membawanya naik ke dalam bot penyelamat dan seterusnya membawanya ke KRI Sembilang-850 untuk pertolongan cemas,” kata Mejar Nanang.

Ketika disoal, diketahui bahawa kanak-kanak tersebut bernama Ridho Ilhami berusia 14 tahun dan merupakan seorang pelajar yang berasal dari Pulau Harapan Kepulauan Seribu.

Ketika anggota tentera tersebut menarik tangannya untuk membawanya naik ke dalam bot, anggota tentera tersebut terkejut mendengar penjelasan berkenaan kejadian yang menimpa diri kanak-kanak itu.

“Kamu kenapa? Kamu telah dicampak ke? dibuang ya?” tanya askar tersebut.

“Ya, dicampak bang,” jawabnya yang sebahagian tubuhnya masih di dalam air sambil tampak kepenatan.

“Oh, siapa yang campak kamu, budak mana? tanya askar itu sambil menarik tangannya.

Kanak-kanak itu pun berjaya dinaikkan ke dalam bot penyelamat. “Sampai macam ni jadi tangannya,” ujar tentera yang memegang jari kanak-kanak itu.

“Mangsa telah dibawa ke Pos Tentera Laut Untung Jawa (Posal) di mana dia kemudiannya disatukan dengan keluarganya semula,” ujarnya Mejar Nanang.

Dalam laporan berbeza, kanak-kanak tersebut dilaporkan sedang menaiki feri (laju) dari Kronjo Banten untuk kembali ke Pulau harapan, dia telah terjatuh dalam perjalanan dan berusaha untuk terapung selama 3 jam tanpa hala tuju.

Video:

 

Sumber : TribunTimurcom /Yahoo! / Siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *