Info

Musim Covid Ni kena Bijak Gunakan Duit.”Pening Kepala Nak Pilih Kereta” Ambil Tahu 5 Perkara Ini Dulu Sebelum Beli Kereta Terutama Kereta Baru

Selalunya kalau nak beli kereta, sebelum itu kita mesti akan keliru dengan pilihan kereta baharu atau kereta terpakai kan? Ada yang kata, elok beli kereta baharu, senang benda semua ‘baru’.

Ada pula yang kata, lagi berbaloi beli kereta terpakai saja. Harga murah, tak pening kepala, kualiti tetap ‘ok’ macam kereta baharu asalkan pandai cari. Apakah pilihan terbaik antara kedua-dua ini?

Mari ikuti perkongsian oleh Razzaaq Ajaq di bawah ini.

Kenapa saya tak galakkan beli kereta terutama kereta baru?

Kereta ni masa baru keluar dulu lebih RM120,000 harga dia. Saya beli terpakai selepas 4 tahun dengan harga hanya RM60,000 lebih saja.

Kalaulah saya beli baru dulu, kereta ni dah susut nilai RM60,000 dalam masa 4 tahun.

Maksudnya saya hilang RM13,000 setiap tahun atau lebih RM1,000 sebulan untuk susut nilai saja. Belum masuk interest pinjaman lagi.

1. Kalau saya beli baru, buat pinjaman RM120,000 untuk 9 tahun, bayaran bulanan je lebih RM1,300. Interest sahaja dah RM23,000.

2. Kalau beli kereta terpakai, pinjaman RM60,000 buat 9 tahun, sebulan lebih kurang RM600 lebih saja. Interest pinjaman pula hanya RM11,000.

3. Kereta baru kena servis juga. Kalau beli terpakai dapat jimat RM700 setiap bulan (RM1,300 vs RM600) berbanding beli baru. Boleh guna untuk kos servis.

4. Kereta baru pula kena bayar installment hampir RM63,000 selama 4 tahun kita pakai kereta tu. Kalau beli ‘second’ dah habis bayar dah.

5. “Saya risau kereta terpakai ni banyak kena repair dan tak ada warranty nanti.”

Setakat saya pakai kereta ni kos repair tak sampai RM2,000 pun. Tu pun tukar brek pad dan bateri.

Kos servis tu biasa laa lebih kurang RM300 je setiap 10,000 kilometer. Kos repair dan servis takkan la sampai RM60,000 macam susut nilai kereta baru.

Beli baru atau terpakai ni pilihan masing-masing. Tapi pastikan saja harga kereta berpadanan dengan gaji kita.

Sumber : Razzaq Ajaq / siakapkeli

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *