Info Semasa

“Akibat Pindahkan Perobat Je”Jangan Suka-suka Sentuh Barang Orang. Dah Terkena Mcm Ni Naya..

SELAYANG – Tindakan seorang penyewa rumah mengubah kedudukan set meja makan kayu ke lokasi lain tanpa izin tuan rumah membawa padah apabila dia didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Muhamad Ferrul Azieman Mohd Rosdi, 29, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Fadli Nik Azlan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu tanpa keizinan pemiliknya, Khirulanuar Mohamadiah, 41.

Kejadian dilakukan di sebuah rumah di Taman Gemilang Indah, Batu Caves di sini pada jam 3 petang, 14 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (2)(c) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada 15 Mac lalu, pengadu dapati perabot iaitu set meja makan rumahnya di Jalan Medan Batu Caves telah hilang.

Hasil daripada maklumat rakan, pengadu telah ke sebuah rumah di Taman Gemilang Indah mendapati perabot berkenaan berada di situ dan rumah itu diduduki bekas penyewanya iaitu tertuduh.

Semasa prosiding, tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Redzuan Mohamed Yusoff merayu agar mahkamah memberikan hukuman yang minimum kerana mengaku insaf dengan kejadian tersebut.

“Anak guam saya merupakan seorang peniaga. Rumah tersebut disewa dan digunakan untuk dijadikan pejabat.

“Apabila berpindah dari rumah sewa itu, pekerja tertuduh telah mengalihkan set meja makan itu kerana menyangka itu adalah milik tertuduh dan dibawa ke rumah tertuduh,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisak Hassni Memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Sumber : sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *