Hiburan

Duit Si Ayah RM866 lesap, Anak Kecil Terbeli 100 Mangkuk Mee Sebab Lapar

Jika sebelum ini tular kes kanak-kanak membayar permainan atas talian bernilai ratusan ringgit, kali ini di China, seorang budak perempuan berusia empat tahun membuatkan ibu bapanya ‘garu kepala’.

Iyalah, daripada hanya ingin membeli semangkuk mi, kanak-kanak itu telah memesan 100 mangkuk mi untuk dihantar ke rumah mereka.

Kongsi Mothership.sg, kanak-kanak itu telah tertekan angka ‘kosong’ sebanyak dua kali menggunakan telefon ayahnya, membuatkan si bapa terkejut melihat penghantar makanan datang ‘mengheret’ 100 mangkuk mi ke rumah mereka.

 

Dek kerana teruja, si bapa menyangka dia telah memenangi hadiah mi percuma, sehinggalah dia melihat pesanan pada telefon miliknya, tulis portal itu.

Namun, apabila ditanya kepada si anak, jawabnya, “Saya tidak tahu.” sambil tersengih dan ketawa.

Malah, penghantar makanan dikatakan terpaksa berulang alik sebanyak tujuh hingga ke lapan kali untuk membawa tempahan bernilai S$281.32 (sekitar RM866) itu.

Tambah Mothership.sg, keluarga berkenaan berjaya menghabiskan lapan mangkuk, manakala baki 92 lagi diberikan kepada tukang cuci dan jiran secara percuma.

Sumber : mothership sg / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *