Semasa

Konkrit Jatuh Di Tapak Pembinaan ‘Highway’ DASH, Seorang Pekerja Meninggal Dunia

Semalam kita digemparkan dengan kejadian bancuhan konkrit jatuh di tapak pembinaan  Pada 19 Jun 2021 (Sabtu) jam lebih kurang 7.15 malam, pihak polis telah dimaklumkan mengenai kejadian bancuhan konkrit dan cerucuk besi jatuh di tapak pembinaan Highway Dash menghala masuk ke Tol Kota Damansara dari arah Sg. Buloh yang dipercayai ‘over load’ sehingga menimpa mangsa (2) lelaki warganegara Bangladesh.

Kedua-dua mangsa tersebut adalah merupakan pekerja tapak binaan dan tidak melibatkan pengguna jalanraya. Dan laluan tapak projek tersebut juga telah ditutup kepada kenderaan lain.

Salah seorang mangsa yang berumur 53 tahun telah meninggal dunia di Hospital Sg Buloh pada pagi ini, 20 Jun 2021 jam lebih kurang 7.00 pagi akibat kecederaan dalaman yang serius serta cedera di kepala dan tangan kiri. Manakala seorang lagi berumur 25 tahun masih menerima rawatan lanjut di hospital.

Sumber : Polis Daerah Petaling Jaya / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *