Info

Anak Aut!sme Tahfiz Amy Search Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al Qur4n

Pada tarikh 2 April 2019 yang lalu, telah berlangsung Hari Kesedaran Autisme sedunia. Ramai yang telah memberikan sokongan terhadap Hari Kesedaran Autisme dengan memakai pakaian berwarna biru pada hari itu. Kini semakin ramai ibu bapa yang mula menyedari Austime bukanlah satu halangan untuk anak-anak autisme mereka berjaya.

Ramai ibu bapa yang mempunyai anak autisme mula mendapatkan rawatan dan nasihat dari pakar untuk anak-anak mereka. Ibu bapa ini perlu yakin dan tidak memandang rendah keupayaan anak-anak autisme ini untuk berjaya. Walaupun kehidupan mereka berlainan namun mereka mempunyai kelebihan tersendiri untuk cemerlang dan berjaya.

Seorang pelajar autisme telah berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran. Ini telah membuktikan anak-anak autisme ini mampu cemerlang dna berjaya jika mendapat sokongan dan bimbingan di tempat yang sepatutnya. Khabar gembira ini mampu menyuntik semangat baru kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme untuk berjaya dalam bidang mereka.

Seorang Pelajar Autisme Berjaya Menghafaz 30 Juzuk Al-Quran.

Seorang pelajar sekolah tahfiz, Al-Bayan School of Quran & Hadith milik penyanyi terkenal rock negara Amy Search iaitu Adik Iqbal Hakim Mohd Isa, 17 tahun telah menjadi pelajar pertama menghafaz 30 juzuk Al-Quuran dan telah menamatkan pengajian di sekolah tahfiz berkenaan.

Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search menyampaikan khabar gembira itu melalui akaun instagramnya yang menyatakan beliau berbangga dengan pencapaian anak autisme ini yang berjaya menghafaz Al-Quran dalam tempoh yang singkat selama 3 tahun 1 bulan. “Alhamdulillah. Sorg pljr bernama Iqbal dpt kita hasilkn khatam 30 juz dlm tmpoh 3 tahun 1 buln.

“Alhamdulillah. Sorg pljr bernama Iqbal dpt kita hasilkn khatam 30 juz dlm tmpoh 3thn 1 buln.

Sedikit perkongsian tentang Iqbal.

  • Pernah didiagnose sbg severe ASD (Autism spectrum disorder)
  • Speech delay. Mula bercakap umur 10 thn.
  • Banyak isu sensori spt x suka pakai baju berkolar, suka menj3rit, x boleh dengar bunyi bising & selalu hilang tgh ramai2 org.
  • Daftar Albayan (pusat Tahfiz) pd umur 13 thn. Keluarga nya nekad tinggalkan iqbal di asrama. Bagi tau ustaz segala kekurangan Iqbal.

Tapi itu semua bukan penghalang untuk Iqbal. Tidak pernah memaksa dia menghafal Alquran. Cuma sekali sekala kami ingatkan jika nampak dia terleka. Alhamdulillah sekarang segala kekurangan yang ada dapat diatasi. Menghafal Alquran dalam masa 3 tahun 6 bulan adalah satu kejayaan besar untuk anak ASD spt Iqbal.

Alquran juga sebagai terapi untuk anak2 istimewa seperti Iqbal. Terima kasih kpd semua para2 guru yg memikul tanggung jawab yg tk terhingga. Tkasih juga kpd semua sahabat2 dn memberi dukungan yg tk pernah putus dri awal hingga hari ini. Moga Allah limpahi rahmat dn di beri hidayah buat kita semua. AmeenYRA,” ujar Amy.

Suhaimi bin Abdul Rahman(lahir 28 Julai 1958) atau lebih dikenali sebagai Amy Search merupakan seorang penyanyi rock yang popular di Malaysia. Penyanyi kelahiran Johor Bahru ini telah menubuhkan Al-Bayan School of Quran & Hadith pada tahun 2015 bersama seorang ustaz Mohd Bilal Mohd Sujak.

Sejak dibuka, sekolah itu telah mempunyai seramai lebih 40 pelajar tahfiz yang mengikuti pengajian menghafaz Al-Quran dan beberapa subjek akademik yang lain. Setiap anak itu mempunyai potensi untuk berjaya dan cemerlang samada anak biasa atau anak autisme ini.

Semoga perkongsian ini menyuntik semangat ibu bapa anak autisme untuk terus kuat dan semangat dalam membimbing anak-anak autisme ini supaya berjaya dan cemerlang. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca dan sama-samalah kita menyokong ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme dan menerima anak-anak ini seadanya.

Sumber : facebook / caramohon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *