Info Semasa

Ust Ebit Lew Minta Doakan Kesihatan Bapa Yang Kian Merosot

Pendakwah terkenal, Ebit Lew memohon orang ramai mendoakan bapanya, Ibrahim Lew yang sedang sakit.

Menurut beliau, keadaan kesihatan bapanya yang berusia 84 tahun di hospital semakin ‘berat’.

“Mohon doakan. Sekarang ayah dijaga oleh abang. Pohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh.

“Ya Allah sembuhkanlah ayahku,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini.

Pendakwah terkenal itu ketika ini masih di luar negara untuk misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ebit Lew berkata, beliau pernah menghubungi bapanya semasa bapanya masih sedar.

Kata beliau, bapanya berpesan supaya beliau menyempurnakan kerjanya di Gaza kerana Allah.

“Hidup ini satu perjuangan. Kadangkala tidak sedar sangat. Ya Allah.

“Insya-Allah akan balik dalam masa terdekat. Doakan ya semuanya,” katanya lagi.

Pada April lalu bapa pendakwah itu dilaporkan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Ebit Lew tidak menjelaskan penyakit dialami bapanya, namun memberitahu kesihatan bapanya merosot beberapa bulan sebelum itu.

Sumber : K! Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *