Info

(video)”Suara Tu Memang Merdu” Zizi Kirana Alun Ayat Qur4n.Semoga Terus Istiqomah Menutup Aurat.

Kalau duduk di rumah, bolehlah mengaji Al-Duran, ataupun mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Duran. Nak lagi best, boleh dengar alunan merdu bacaan Al-Duran daripada Zizi Kirana.

Perkongsian terbaharu Zizi Kirana, atau pemilik nama penuh Nur Fazelah@Zizie Mad Tahil di Instagram itu mencuri perhatian ramai apabila dia mengalunkan bacaan Al-Duran surah Al-Kauthar dengan penuh kemerduan.

 

Sebelum ini memang semua sedia maklum bahawa Zizi memang berkebolehan untuk bertarannum. Mungkin dengan bakat nyanyiannya, alunan tarannumnya sedap didengari.

“Surah Al-Kauthar, Tarannum Rast. Baru belajar ni, maaf kalau kurang,” tulis Zizi di ruangan kapsyen dengan memaklumkan gaya tarannumnya itu baru dipelajarinya.

Memang merdu sekali alunan tarannum Zizi walaupun ianya baru dipelajarinya. Hal itu turut diakui oleh wargamaya lain apabila ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan pujian.

Rata-rata memuji kemerduan suara Zizi membaca surah tersebut. Selain itu, ada juga yang menyatakan selain suara Zizi yang merdu, sebutannya juga kedengaran jelas.

Video :

Walaupun Zizi sebelum ini terkenal dengan imejnya yang se.ksl, namun meninjau Instagramnya dia kini kerap memuat naik gambar dirinya berhijab. Semoga imej dan gaya baharu ini akan terus berkekalan, dan Zizi pun terus istiqomah ke arah kebaikan.

Sumber : koolfm

Sebelum ini

Nama penyanyi rap Zizi Kirana, 36 semakin hari menjadi sebutan dalam kalangan peminat tambahan lagi apabila dia tampil dengan imej baru yang lebih s0pan dan k0nservatif.

Memetik temubual bersama Gempak, pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil itu mengakui sudah tidak memiliki pakaian seksl yang pernah dipakainya suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, pelantun lagu ‘Eh’ itu tidak berniat menyedekahkan pakaian-pakaian itu kepada sesiapa kerana bimbang akan menggalakkan orang lain melakukan d0sa.

“Sejujurnya saya memang dah tak memiliki baju-baju se.ksl yang pernah dipakai sebelum ini. Saya tak ada niat nak bagi sesiapa, apa yang penting saya memang dah tak ada baju-baju macam tu.
“Ada juga orang tanya kenapa tak bagi orang lain, buat apa saya bagi orang baju-baju se.ksl? Nanti saya menggalakkan orang buat d0sa pula,” katanya ketika ditemubual Gempak.

Tambah pemenang Pemenang Persembahan Terbaik AJL-35 itu, dia mula berhasrat untuk berhijrah selepas kehilangan ramai insan tersayang dalam hidupnya.

Oleh itu, dia masih cuba untuk memperbaiki diri secara perlahan-lahan dan tidak terlalu dr4stik.

“Kerap juga saya terfikir untuk pakai tudung, dan memang ada niat nak pakai, cuma saya mahu selesaikan dahulu kerja-kerja yang sudah dipersetujui sebelum ini.
“Saya hormati mereka juga, saya tak boleh pentingkan diri sendiri apabila membuat keputusan. Mungkin ada sebab mengapa belum tiba masanya saya pakai hijab, Insya-Allah dalam masa terdekat ini, doakan saya ya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Zizi Kirana membuat keputusan untuk berhenti berpenampilan seksl setelah mendapat tegvran daripada ibunya.

Tindakannya itu turut disokong oleh para peminat yang gembira melihat perubahannya lebih-lebih lagi selepas banyak membabitkan diri dalam program berunsur islamik.

Artikel Sebelum ini

Kini tampil dengan imej sopan serta sudah pun memadam foto “Tak cukup Kain” di Instagram, ramai yang menyambut baik azam penyanyi Zizi Kiranayang mahu berubah ke arah lebih baik.

Gembira melihat banyak komen positif buat dirinya, Zizi berkata perubahan dirinya yang kini terlibat dengan program keagamaan bukan untuk meraih perhatian.

“Alhamdulillah, akhirnya ada juga komen-komen yang positif buat saya berbanding sebelum ini banyak yang negatlf. Tapi sebelum ini pun saya tak pernah ambil hati dengan komen mereka. Ia sudah jadi perkara biasa buat semua artis.

“Apa yang saya buat untuk program keagamaan itu bukan untuk meraih perhatian atau simpati mana-mana pihak,” katanya.

Menurut Zizi, apa yang dilakukannya adalah atas kehendaknya sendiri dengan niat untuk mengubah dirinya ke arah lebih baik.

“Saya tetap berpegang pada ayat biarlah orang nak kata apa, yang penting niat. Jadi saya cuba melakukan apa yang difikirkan baik. Sekarang saya bermula dengan perubahan dari segi pakaian dan penampilan. Ia berjalan sedikit demi sedikit.

“Apa yang diharapkan sekarang ialah sokongan masyarakat bukannya kec.aman. Saya mohon agar doakan saya berubah sepenuhnya nanti,” katanya.

Sudah memadam gambar seksinya di Instagram, Zizi berkata dia juga menyimpan kesemua baju-bajunya yang se.ksl dalam kotak.

“Saya tidaklah sampai bvang terus pakaian-pakaian ini. Cuma ia dimasukkan dalam kotak dan diletakkan di tempat lain. Saya tak rancang pun lagi untuk bagi pada sesiapa.

“Hanya simpan dulu dan tak nak pakai lagi. Tak dinafikan perasaan kini lega kerana ramai pihak yang makin positif terhadap saya,” katanya.

Sumber : Gempak (Asyraf Aided) / rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *