Info Semasa

TOY@l Masih Wujud Zaman Moden Ni. Janganlah Simpan Duit Banyak-banyak Kat Rumah Ye

Toyol sangat terkenal sebagai wujud hantu budak yang suka mencuri duit. Biasanya musim kenduri & raya mesti ada yg kecoh duit hilaang. Hilang pulak berturut2. Yang pandaj tu dia ambik tak banyak tapi istiqomah.haha

Peristiwa duit hilang dipercayai dicuri toyol membuatkan penduduk Kampung Sindanglaya, Kabupaten Tasikmalaya Jawa Barat terpaksa beralih ke bank untuk menyimpan wang mereka , lapor Suara.com, semalam.

Sejak tiga bulan kebelakangan ini, sebilangan penduduk kampung berdepan misteri kehilangan wang meskipun sudah menyimpannya dengan baik.

“Sejak sebulan lalu, kes wang hilang secara misteri sudah reda tetapi penduduk sudah tidak berani menyimpan duit di rumah dan memindahkan simpanan ke bank berdekatan.

“Jumlah wang hilang kebiasaannya sekitar 300,000 rupiah (RM86) hingga 500,000 rupiah (RM143),” ujar salah seorang penduduk kampung, Hasan.

Tambah Hasan, penduduk yang kehilangan duit juga ada menemui kesan tapak kaki kecil dipercayai toyol  dalam kediaman mereka selepas insiden kehilangan wang simpanan.

Sumber : Agensi / kosmo online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *