Semasa

“Takde 0tak Punya Penyamun” Sudahlah Tengah Sesak,Pukat Cari Rezeki Pula Kena Curi Pula. Penuh Rasa Rendah Hati Minta Bantuan Untuk $urvive

Bukan mudah untuk mencari rezeki di kala apa yang ada di tangan serba-serbinya kekurangan. Apatah lagi jika ia tidak mampu dimiliki kerana kesempitan kewangan, selain diuji dengan musibah bertali-arus yang tiada noktahnya.

Namun demi isteri tercinta, demi anak-anak, demi sebuah keluarga, hidup mesti diteruskan. Demikianlah seperti apa yang dirasai oleh sebuah keluarga nelayan ini apabila mereka diuji dengan satu demi satu dugaan.

Bersempena dengan Jumaat yang mulia ini, marilah sama-sama kita menghayati perkongsian oleh aktivis kebajikan, Natipah Abu mengenai keluarga nelayan ini. Mereka perlukan kita sekarang. Jom hayati kisah di bawah ini.

Sedekah Jumaat: Bantuan keluarga nelayan, membeli pukat & gerai

Gambar: Natipah Abu

Keperluan: RM5,000
Sumbangan: Maybank Natipah Abu, 552107617521

Hari ini, Sedekah Jumaat kita diakad dengan niat membantu Encik Shafie bin Mohd Salleh (37 tahun), seorang nelayan kecil untuk mencari rezeki bagi menyara isteri dan enam orang anaknya yang berusia antara tiga (3) hingga 15 tahun.

Sudah lama keluarga ini dibantu kita untuk barang dapur, tetapi baru-baru ini kita dimaklumkan pukat milik Encik Shafie dicuri orang.

Keluarga ini bukanlah daripada kalangan yang suka meminta. Isteri Encik Shafie, Puan Siti Hawa juga berusaha untuk menambah pendapatan mereka dengan menjual laksa selain sama-sama turun ke laut membantu suami.

Berkahwin atas dasar suka sama suka 17 tahun yang lalu, pasangan ini sangat menitikberatkan pendidikan anak-anak. Si isteri mengajar sendiri anak-anak membaca Al-Quran.

Gambar: Natipah Abu

Anak sulung 15 tahun belajar di Sekolah Agama Rakyat dan ditaja sepenuhnya oleh Zakat Kedah. Selain menjadi nelayan, Encik Shafie juga mengambil upah membaiki rumah. Beliau pandai bertukang.

Keistimewaan pasangan suami isteri ini ialah, kedua-duanya selalu bersama dalam mencari rezeki. Si isteri bukan hanya membantu suami di laut, bahkan juga membantu kerja-kerja pertukangannya.

Sejak pukat dicuri, keupayaan mencari rezeki di laut juga sangat terbatas kerana tanpa pukat, apalah sangat yang mampu mereka lakukan.

Kadang-kadang mereka juga mencari kupang. Kupang perlu hidup di kawasan air yang berlumpur. Sebelum dijual kepada pemborong dengan harga RM5 sekilo, kupang perlu dibersihkan terlebih dahulu.

Gambar: Natipah Abu

Menjadi nelayan bukan sahaja menyabung nyawa dibantai badai di tengah lautan, Encik Shafie juga pernah pengsan dan hilang di laut. Mujurlah dia ditemui oleh nelayan lain dan dibawa pulang dengan selamatnya.

Mengenangkan Encik Shafie mempunyai tanggungan yang ramai, maka kita setuju membantu membelikan pukat baru iaitu pukat rawai dan pukat ketam.

Selain itu, kita juga akan menyediakan sebuah gerai untuk isterinya berniaga kerana beliau memang menjual laksa secara online sejak musim PKP memandangkan tiada lagi kerja bertukang rumah.

Jumaat yang barakah, kita permudahkan orang, InsyaAllah akan ada insan yang Allah kirim untuk permudahkan kita kelak. Jumaat yang barakah..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Jom bantu keluarga ini

Jika anda sudi membantu, marilah hulurkan sumbangan kepada keluarga nelayan ini melalui nombor akaun Natipah Abu, 552107617521 (Maybank). Semoga keluarga Encik Shafie dipermudahkan urusan & kita semua dimurahkan rezeki. Ameen.

Sumber : Natipah Abu / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *