Semasa

Gara-gara Sambut “Birthday” Naya pak karim

IPOH – Gara-gara berkumpul untuk meraikan sambutan hari lahir dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, lapan individu termasuk dua wanita ditahan polis di sebuah rumah sewa di Taman Cempaka di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 2.15 pagi itu, kesemua individu berusia 18 hingga 20 tahun itu turut dikenakan kompaun RM4,000 setiap seorang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, bersama agensi penguat kuasa lain susulan aduan awam manakala tangkapan dibuat mengikut Seksyen 21(A) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) pindaan 2021 kerana berkumpul tanpa tujuan.

“Semasa diserbu kesemua mereka berada di dalam rumah dan memaklumkan mahu menyambut hari lahir rakan.

“Susulan itu, pasukan bertindak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengeluarkan kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam negeri Perak (JAIPk) menerusi laman Facebooknya memaklumkan, tindakan penguatkuasaan juga dikenakan ke atas kesemua individu berkenaan atas kesalahan berkhalwat kerana didapati tiada hubungan mahram antara satu sama lain.

Mereka ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 54 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992.

Sumber : K! ONLINE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *