Info Semasa

Inilah namanya “cari penyakit”. Tak sayang duit ke? Sabarlah sekejap bagi habis PKP

KEMAMAN – Padah melepas gian bermain sepak takraw, lima rakan sekampung dikompaun RM2,000 setiap seorang di Kampung Tuan, Chukai di sini kelmarin.

Kesemua lelaki berusia 18 hingga 42 tahun itu dikompaun ketika ralit bermain di gelanggang sepak takraw kampung tersebut pukul 6.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lima penduduk kampung itu ditahan oleh anggota pasukan pemantau dan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman yang sedang mengadakan rondaan.

“Mereka telah dibawa ke IPD Kemaman di sini untuk diambil keterangan sebelum kompaun dikeluarkan.

“Kompaun tersebut dikeluarkan kerana melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana beriadah di tempat awam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, pihak polis turut mengeluarkan kompaun terhadap enam lelaki lain yang minum beramai-ramai sambil bersembang di sebuah kedai makan di Jalan Air Putih di sini pukul 6 petang semalam.

Jelas beliau, kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 27 tahun masing-masing dikenakan kompaun RM1,500.

Sumber : K! ONLINE

Nasihat buat semua, sabarlah sekejap…. Habiskan PKP lepas tu on lah balik aktiviti bersukan,melepak tu tapi pastikan ikut SOP. Tolong kasihan dengan rakyat yang terjejas pendapatan,nak keluar bekerja pun tak boleh inikan pulak keluar beriadah. Semoga cepatlah lenyap COVID-19 ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *