Info Semasa

(video)”Selamba je melepak & joging kat situ,kan dah mendapat”.Seramai 54 individu kena kompaun.

Klang: Seolah-olah tidak endah Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan sejak 1 Jun lalu apabila berpuluh individu didapati melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala di sini.

Dalam kejadian jam 6 petang semalam, ada antara mereka didapati melakukan aktiviti joging sebelum berkumpul beramai-ramai dan ingkar arahan PKP ditetapkan.

Akibatnya seramai 54 individu masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, aktiviti itu dikesan sepasukan anggota pasukan penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang menerima aduan sebelum melakukan siasatan di lokasi jambatan berkenaan.

Menurutnya, polis mendapati ramai individu meletakkan kenderaan di kawasan itu selain berjoging serta melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala yang ditutup susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun lalu.

“Pasukan polis kemudian menghubungi pusat kawalan Covid-19 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan menerima arahan mengenakan kompaun terhadap semua individu di lokasi berkenaan.

“Bantuan turut diberikan oleh IPK Selangor dengan menghantar Pasukan Penguatkuasaan IPK Selangor,” katanya tadi.

Shamsul Amar berkata, sejumlah 54 kompaun dikenakan dengan nilai kompaun RM 2,000 bagi setiap seorang.

“Kesemua individu yang dikenakan kompaun berumur lingkungan 17 tahun hingga 40 tahun. Siasatan mendapati, individu yang dikenakan kompaun membabitkan penduduk sekitar dan juga luar kawasan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 28 saat menunjukkan beberapa kereta polis serta orang awam berada di atas Jambatan Raja Muda Nala yang juga dikenali sebagai jambatan ke tiga Klang.

Video :

 

Sumber : hmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *