Info

Siapa yang tak lulus,Mulai 15 hingga 30 Jun dah boleh buat rayuan BPR.

PETALING JAYA – Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, rayuan itu bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

“Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen berkaitan untuk disemak semula Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Proses rayuan ini bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Tengku Zafrul berkata, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BPR LHDN di alamat https://bpr.gov.hasil.my.

Menurut beliau, permohonan rayuan boleh juga dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Rayuan BPR 2021.

Kata beliau, borang itu perlu dihantar kepada Cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN berhampiran secara janji temu.

Tambah beliau, pembayaran rayuan BPR kepada permohon yang lulus akan disalurkan pada Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3).

Jelas beliau, secara keseluruhan kerajaan telah memperuntukkan hampir RM9.1 bilion untuk BPR.

Sumber : K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.