Hiburan

(video) Bukan takut bini tapi bini menakutkan..“Gangst3r mana pun lelaki, kalau bini suruh balik kau balik”.

Sudah menjadi perkara biasa apabila lelaki akan lepak bersama rakan-rakan mereka tidak kiralah sama ada waktu bujang mahupun yang berkahwin.

Kebiasaannya, mereka berkumpul adalah disebabkan hobi atau minat yang sama. Sebagai contoh, mempunyai minat dalam sukan bola sepak, motorsikal, kereta dan sebagainya. Maka tidak hairanlah mengapa terdapat segelintir isteri-isteri yang terpaksa ‘menuntut’ suami mereka pulang dengan pelbagai kaedah.

Perkara ini termasuklah dengan sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter milik @GregoStore apabila terdapat seorang wanita yang turut ‘menuntut’ suaminya pulang ketika dia berada di kediaman kawannya.

“Gangster mana pun lelaki, kalau bini suruh balik kau balik”, kata pemilik akaun terbabit dengan nada jenaka. Lebih menghiburkan apabila wanita itu sempat melakukan cekak pinggang sambil menyebut nama suami miliknya.

Gangster mana pun lelaki, kalau bini suruh balik kau balik

Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu keadaan yang tegang kerana wanita terbabit dilihat masih bersenyum dan ketawa gara-gara lucu melihat gelagat suaminya. Rakaman yang dirakam selama beberapa saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 94.9 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan

Sumber : HCM / sinetronmalaya

Suami mana tak sayang bini kan? Sebenarnya suami bukan takut kat bini cuma bini yang terlalu menakutkan..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *