Hiburan

Tergamam tengok kakak balik brlumur d@rah, bila ditanya tak jawab,terus lari kurung diri dlm bilik air. Tiba2…

Katanya ni kisah benar yang berlaku pada seorang adik. sejauh mana kebenarannya aku memang la tak sure tapi apa yang di sebarkan siap nama penuh aruwah si kakak tu aku ceritakan balik la kat blog aku.

Alkisah seorang adik ni tengah tengok tv di malam hari. Tiba2 di kejutkan dengan bunyi orang ketuk pintu. Bila dia buka pintu, terkejut dia tengok kakak dia dengan keadaan berlumuran d4rah berdiri depan pintu.

Dalam keadaan panik & terkejut si adik ni tanya la si kakak kenapa dia jadi macam tu tapi si kakak tak menjawab hanya menangis & terus lari masuk ke bilik air. Si adik yang panik ni terus pergi bagitau mak ayah dia yang ada dalam bilik.

Si kakak terus mengurungkan diri dalam bilik air biarpun mak dengan ayah dia panggil berkali kali tetap dia terus berdiam diri dalam bilik air. Dalam celah keadaan panik macam tu tiba2 pintu rumah mereka di ketuk lagi.

Bila di buka yang datang memperkenalkan diri sebagai kawan kepada si kakak. Membawa khabar si kakak kemalangan & terkorban di tempat kejadian. Mula2 si Ayah marah jugak sebab dia beranggapan anak dia yang kata terkorban dalam kemalangan tu ada dalam bilik air.

Tapi bagi memastikan kesahihan khabar yang di bawa si kawan kakak tu, mereka sekeluarga cuba sekali lagi mengetuk & panggil si kakak yang kononnya berada dalam bilik air tapi tetap tiada jawapan. Sebab pintu bilik air di kunci dari dalam terpaksa si Ayah memecahkan pintu supaya boleh melihat keadaan si kakak.

Tapi bila pintu berjaya di buka, tiada sesiapa di dalam. Si ayah berkali kali bertanya pada si adik sampai terpaksa si adik bersumpah kakak dia ada balik & terus menguncikan diri dalam bilik air tadi. Kalau bukan si kakak yang masuk bilik air, masakan pintu bilik air terkunci dari dalam.

Mak & Ayah bingung. Bila si kakak tiada dalam bilik air mereka sekeluarga bergegas ke tempat kemalangan memastikan kebenaran khabar yang di bawa kawan si kakak tadi.

Ternyata sememangnya kakak terlibat dalam kemalangan & mennggal dunia di tempat kejadian tapi semasa mereka sampai kakak telah pun di bawa ke hospital untuk bedah siasat.

Akibat dari kejadian tu adiknya jadi trauma & bingung memikirkan siapa yang dia nampak dalam rupa kakak pulang kerumah malam tu. Setiap kali bunyi ketukkan pintu si adik sentiasa merasakan seperti kakaknya pulang.

Dia terpaksa di bawa berubat untuk pulihkan diri dari trauma. Sekarang ni tak tahu la samad si adik dah pulih atau belum. Namun si adik sempat berpesan untuk kita semua untuk sama2 sedekahkan al fatihah kepada arwah kakaknya Noor Lynne Qistyna Binte Ahmi.

Semoga Allah mengampuni d0sa aruwah & semoga aruwah di tempatkan bersama orang2 yang beriman. Kisah ni rasanya dah dekat 7 – 8 tahun dah kot berlaku. Moral of the story..

Mungkin apa yang si adik nampak adalah jelmaan jin yang mungkin mahu menyesatkan manusia kerana manusia yang mennggal takkan mungkin kembali ke dunia dalam apa juga bentuk atau jelmaan.

Setiap benda yang bernyawa pasti akan menemui detik kem4tian yakni permulaan untuk seseorang itu menempuh alam Barzakh dan juga alam akhirat sebelum ditempatkan sama ada syurga atau neraka.

Tiada sesiapa pun yang hidup akan mengetahui saat kem4tian kerana ia menjadi rahsia Allah bagi membolehkan umat manusia itu sentiasa mengisi masanya untuk melakukan amal kebajikan dan suruhanNya sebagai bekalan di akhirat nanti.

Semoga kita semua dapat meningkatkan amalan agar perjalanan untuk menuju ke alam Barzakh dan akhirat akan menjadi lebih mudah.

Kongsilah ilmu bermanfaat ini mudah-mudahan kita mendapat ganjaran atas niat yang baik. Sumber : portal kisah best

Kisah 2:

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum… Nah satu kisah untuk bacaan para pembaca yang suka kan

kisah seram… Ilmu hitam dan pendamping. Peristiwa ini berlaku hampir 28 tahun yang lalu namun ianya terpahat kukuh di ingatan saya. Peristiwa yang tidak akan pernah saya lupakan seumur hidup. Jam menunjukkan tepat pukul 1.30 tengahari.

Matahari tanpa segan silu memancarkan cahayanya membuatkan cuaca hari itu panas terik. Sedang saya memanja-manjakan diri bermain dengan ‘break game’ di beranda rumah (rumah kampung) tiba-tiba hujan turun renyai-renyai

membasahi bumi membuatkan bau hangit tanah naik ke bumi. Dari kejauhan saya ternampak kakak sedang berjalan memasuki lorong menuju ke pintu pagar rumah.

“Siapa pakai jubah hitam tu dik…?” Tegur aruwah nenek sambil mengecilkan matanya. “Mana ada jubah hitam… Kok Chik (panggilan kami adik beradik) lah tu pakai baju sekolah…”

Jawab saya endah tak endah kerana bagi saya ianya bukanlah satu perkara yang penting. “Bukan Kechik (nama panggilan manja kakak) lah… Apa hodoh sangat rupanya tu…?” Soal aruwah nenek apabila kakak mula membuka pintu pagar untuk masuk ke laman rumah. “Mok ni… Kok Chik lah tu…”

Tegas saya lagi. Aruwah nenek yang saya panggil Mok itu tiba-tiba bingkas bangun dan mencapai penyapu lidi apabila kakak mula menghampiri. “Kenapa datang sini… Pergi balik…”

Aruwah nenek melibas-libaskan penyapu tersebut seolah-olah ingin menghalau kakak. Saya terkejut dan menjerit memanggil mak (ibu kandung) yang sedang mencuci pinggan di dapur.

Mak melulu turun ke beranda sambil mengambil penyapu lidi tersebut daripada tangan nenek. “Istighfar Mok… Itu kan Kechik…” Mak saya menarik aruwah nenek masuk ke dalam. Kakak yang sedikit terkejut dengan tindakan aruwah nenek itu duduk di sisi saya sambil menjeling tajam ke arah saya.

“Ramai kena h1steria kat asrama. Warden suruh balik tunggu reda…” Kata kakak sambil membuka stokin. Tiba-tiba nenek keluar semula sambil membawa segenggam lada hitam bercampur garam lalu membaling ke arah kakak. Saya terkejut kerana ada beberapa biji terkena saya dan ianya terasa sangat pedih seolah-olah terluka.

Saya berlari membelakangi mak dan kakak tiba-tiba rebah lalu meracau seperti orang terkena sampuk. “Aku dah kata… Bukan Kechik ni…” Bebel aruwah nenek berkali-kali.

“Yer lah… Kot yer pun tunggulah budak masuk dulu. Satu kerja nak mengangkat pulak…” Mak pula bersuara. Saya memandang aruwah nenek dan mak silih berganti kerana berasa hairan.

Saya di arahkan oleh mak memanggil jiran terdekat yang saya namakan sebagai Cikgu Hashim (bukan nama sebenar). Cikgu Hashim bersama anak lelaki beliau membantu membawa kakak masuk ke dalam rumah. Walaupun tubuh kakak kecil tetapi dia kelihatan sangat berat walaupun diangkat menggunakan 3 orang lelaki dewasa.

Kakak terus meracau dalam bahasa yang tidak difahami. Seorang ustaz dipanggil untuk mengubati kakak. Bacaan Yassin dan ayat-ayat Al Quran memenuhi ruang tamu rumah saya. Aruwah nenek duduk di hujung kaki kakak sambil menekan 2 biji lada hitam di belakang ibu jari kakak membuatkan kakak menjerit dalam bahasa yang langsung tidak difahami.

“Dia bawa balik ‘benda’ ni…” Bisik ustaz itu ke cuping telinga ayah. Walaupun perlahan tapi cukup sampai ke telinga saya yang duduk di sebelah ayah. Mak pula menghilangkan diri entah ke mana. “Benda apa pulak ni… Mana datang nyer..?” Soal ayah yang memang kurang percaya dengan tahyul mahyul ini.

“Tak pasti lah Pak Lan… Pak Lan kena cari orang yang pandai dalam bab-bab ilmu halus ni. Saya hanya boleh bacakan surah-surah untuk pendinding jer Pak Lan… Ini bukan lawan saya Pak Lan. Ilmu saya tidak lah sampai setara ini…” Ayah yang masih memakai uniform kerja itu merenung muka ustaz muda itu.

“Haish… Ni tekanan nak SPM ni ustaz. Mana ada benda-benda macam ni sekarang…” Jawab ayah tidak bersetuju dengan cadangan ustaz itu tadi. “Akuuu nak keluaaarrrr… Hantar aku keluaaar… Rumah kau ni panaaaassss….” Tiba-tiba kakak bangkit daripada katil duduk melunjur memandang aruwah nenek yang duduk di hujung kaki…

“Dah tu keluaaarrrr lah… Ikut anak cucu aku balik kenapa…?” Soal aruwah nenek keras. Tiba-tiba kakak memandang tepat ke arahku. Matanya yang bulat itu seakan-akan terjojol keluar. Ayah menarik aku ke belakangnya supaya aku tidak memandang mata kakak. “Aku panas… Bawa budak tu keluar…”

Jerit kakak menyinga sambil menunding jari kearahku. “Kau tu yang keluar, ini rumah dia… Kau tu datang tak berjemput…” Jawab aruwah nenek lagi. Kakak kembali merebahkan dirinya dan sambung meracau dalam ayat yang tidak difahami. “Haus…. Haus…” Suara kakak mendayu-dayu minta air. “Ambilkan air…”

Arah nenek kepada saya. Saya bangun untuk mengambilkan kakak air. “Aku tak nak air… Aku nak d4rah diaaaa….” Kata kakak sambil menunjukkan jari telunjuknya kearahku kemudian meng1lai sekuat hati. Ayah menarik ku supaya kembali duduk dan ayah sendiri yang bangun mengambil kan kakak air, apabila disua ke mulut, kakak menolaknya keras.

“Assalamualaikum…” Tiba-tiba muncul mak bersama seorang lelaki yang sangat aku kenali. Rupanya mak awal-awal lagi sudah pergi mencari Aruwah Pak Mail. Aruwah Pak Mail merupakan seorang yang pandai dengan benda-benda halus ni. Beliau pernah mengubati saya ketika saya demam panas sedikit masa dahulu.

Demam yang hanya datang selepas Maghrib dan akan sembuh bila Subuh menjelma. Kata beliau demam itu berpunca kerana ada ‘benda’ yang ingin mendampingi saya tetapi tubuh saya tidak menerimanya. Benda baik warisan keluarga tetapi bukan dalam bentuk peliharaan. Dia sendiri datang untuk menjaga.

Aruwah telah memberi saya pendinding dalam bentuk surah AL Quran yang di balut dengan kain dan suruh saya memakainya sekiranya demam itu datang kembali. Tapi… Waktu itu saya masih kecil dan tidak mengerti apa-apa. Hanya mendengar dan mengikut sahaja. “In Sha Allah bila dah besar, dah bersedia… Tak ada lah demam lagi…”

Katanya sewaktu kali terakhir saya berubat dengan beliau. Berbalik dengan keadaan kakak saya tadi. Beliau duduk di kepala kakak dan minta kebenaran daripada ayah untuk menyentuh ubun-ubun kakak. Sebelum itu beliau ada membaca beberapa potong ayat Al-Quran dan ditiup ke dalam air. Beliau meminta saya minum dan menyapu sedikit di muka saya.

Kata beliau hijab saya terbuka. Bimbang saya akan nampak benda yang tidak sepatutnya. Beliau memesan pada ayah sentiasa menyapu muka saya jangan bagi air di muka saya kering. Ayah yang hanya 50-50 percaya itu hanya menurut. Sesi perubatan bermula… Beliau memegang ubun-ubun kakak perlahan tetapi kakak menjerit seolah-olah aruwah Pak Mail menggenggam nya dengan kuat.

Pak Mail menjampi dari hujung kepala hingga ke hujung kaki kakak. Tiba-tiba kakak bingkas bangun dan merenung saya lagi. “Keluar… Aku panas…” Kakak menyuruh saya keluar lagi. Saya yang tak tahu apa-apa turut merenung mata kakak. Mak cuba menghalang saya daripada terus melawan renungan kakak

tetapi waktu itu saya rasa bagaikan ada satu semangat meminta saya terus merenung kakak. Saya renung mata kakak dan tiba-tiba bunyi sesuatu berlari di atas atap rumah saya (atap zink). Saya terus merenung walaupun mak cuba mengalih perhatian saya. Kakak meronta-ronta ingin bangun.

Walaupun kakak di pegang oleh ayah dan 2 orang bapa saudara saya tetapi tenaga kakak sangat kuat. Kekuatan kakak menyebabkan ayah dan 2 orang bapa saudara saya turut berganjak daripada tempat duduk mereka. Aruwah nenek kekal berada di hujung kaki kakak tetap memegang kedua-dua belah kaki kakak.

Saya merenung kakak tanpa henti. Saya tahu jika kakak berjaya bangun, sasaran utama kakak adalah saya. Saya tetapkan kedudukan saya. Saya bersila rapat-rapat, tiba-tiba saya rasakan ada angin panas bertiup ke arah muka saya akhirnya saya tidak sedarkan diri. Saya cuba membuka mata perlahan. Tapi rasa sangat mengantuk.

Jelas kedengaran di telinga saya ayah dan aruwah Pak Mail berbual. “Tak ada kena mengena dengan asrama ni Pak Lan. Mungkin masa balik tadi, hujan panas itu yang melekat. Benda tu memang ada dalam kawasan rumah Pak Lan ni. Orang hantar, tapi tak tahu lah ditujukan pada siapa.

Anak perempuan Pak Lan yang kecik tu jaga-jaga… Orang yang ada ilmu hitam nak sangat pada dia untuk uji ilmu sebab dia pun ada ‘benda halus’ yang nak ‘mendamping’ ” Ayah yang kurang percaya terpaksa mengangguk kan kepala mendengar kata-kata aruwah Pak Mail. “Dah awak pandai… Tolong lah buang kan…”

Ayah bersuara setelah beberapa minit mendiam kan diri. “Saya tak pandai Pak Lan… Setakat sikit-sikit macam ni boleh. Tapi nak mencari kat mana tertanam tu memang tak pandai. Pak Lan kena ikhtiar cari orang yang pandai. Selagi ada tertanam di rumah Pak Lan selagi itu lah benda ni akan berulang..”

Jelas aruwah Pak Mail lagi. “Yang kecik saya tu apa pulak masalahnya…?” Ayah semakin pening. “Macam ni Pak Lan, yang kakak tu terkena dengan ilmu hitam yang di hantar pada keluarga Pak Lan. Cuma tak tahu kepada siapa nak ditujunya. Daripada firasat saya, benda ni dah lama ada. Mungkin kakak lemah semangat, itu yang kena.

Adik pulak, ada benda nak ‘mendamping’. Pendamping ni tak semestinya ‘membela’. Ada juga yang datang sendiri nak berkawan. Tapi kena jaga-jaga lah. Sebab pengamal ilmu hitam ni suka sangat nak uji ilmu dia pada orang macam adik ni…” Jelas Pak Mail panjang lebar. Sejak hari itu, kakak sering meracau. Tak kira bila.

Sejak hari itu, kakak sering meracau. Tak kira bila. Sedang berbual-bual dengan kawan-kawan pun kakak boleh pengsan dan meracau. Berapa kali ayah terpaksa menjemput kakak di asrama bila ada warden telefon mengatakan kakak sering menjadi punca h1steria di kalangan penghuni asrama. Akhirnya kakak di keluarkan daripada asrama.

Setiap kali kakak h1steria, Pak Mail lah yang menjadi orang harapan untuk pulihkan kakak. Ianya berlanjutan selama beberapa bulan. Ayah pula masih lagi ragu-ragu untuk sepenuhnya percaya pada alam mistik ini. Bagi ayah, kakak mungkin sedang menghadapi tekanan em0si kerana SPM semakin hampir ataupun tekanan perasaan akibat putus cinta.

Berkali-kali ayah bertanya pada kakak, apa masalah kakak. Tapi kakak hanya mendiamkan diri dan berlagak seperti tidak tahu apa-apa. Saya…? Bercerita tentang saya pula… Menurut mak, sejak kecil lagi saya memang sentiasa sakit. Kadang kala saya kena sawan, kadang kala kaki saya sebelah kanan akan membengkak bagaikan belon yang diisi air

di dalam nya dan kadang kala saya akan demam panas tidak surut sehingga terpaksa bawa ke perubatan kampung jika perubatan hospital tidak berhasil. Menurut mak, mungkin saya terpaksa hadap semua itu kerana keterlanjuran mak sewaktu mengandungkan saya. Aruwah nenek pernah bercerita pada saya… Sewaktu saya berusia 9 bulan dalam kandungan,

mak pernah melihat 7 orang perempuan cantik sedang memandi manda di sungai belakang rumah saya. Ketika itu sudah memasuki waktu Maghrib dan di bulan Ramadhan. Mak melihat 7 orang wanita cantik itu kakinya ada tetapi tidak memijak tanah, mereka berjalan terawang-awangan. Mak ke sungai untuk membuang sisa perut ikan yang telah siap disiang.

Memang sungai yang mengalir di belakang rumah saya itu sangat kotor. Ia menjadi tempat pembuangan sisa sampah tetapi petang itu sungai itu menjadi sangat cantik dan harum. “Celaaakaaa kau set4n main kawasan aku… Cis…” Tempik mak sekuat hati sambil melempar sisa tersebut.

Mendengar mak menjerit mereka menghilangkan diri selepas beberapa saat melihat ke arah mak. Melihat sungai bertukar menjadi seperti asal mak juga turut berlari memasuki pagar rumah. Mak menceritakan kejadian itu kepada aruwah nenek. Aruwah nenek memarahi mak kerana menegur makhluk itu. Sepatutnya apabila nampak sesuatu yang bukan daripada alam kita atau

mendengar sesuatu yang pelik-pelik kita hanya perlu mendiamkan diri dan buat seolah-olah kita tidak nampak atau mendengar mereka. Maka tidak hairanlah ketika saya kecil, seingat saya dalam lingkungan usia 5 tahun saya sentiasa bermain dengan ‘Indera dan Seri’. Apabila saya menceritakan kewujudan 2 makhluk itu, kawan-kawan akan ketawakan saya dan mengatakan saya menipu.

Mereka menganggap saya sengaja mereka-reka cerita untuk menakut-nakutkan mereka. Akhirnya saya pendamkan sahaja di dalam hati. Bimbang saya akan kehilangan kawan-kawan jika terus menerus bercerita tentang ‘Indera dan Seri’. Saya sangat gemar bermain di sungai belakang rumah.

Ketika saya membesar, situasi sungai tersebut turut berubah, tidak lagi menjadi tempat pembuangan sampah. Tetapi arwah nenek sangat melarang saya bermain di sungai tersebut apatah lagi jika waktu senja. “Kau nak kena ambil kat bunian ke..?” Soalan nenek yang telah sebati dengan jiwa saya.

Bagi saya, bunian yang dimaksudkan nenek itu adalah orang jahat yang kerjanya mengambil kepala budak untuk dibuat jambatan. Saya rasa kanak-kanak yang hidup pada zaman 89/90an pasti tahu kisah ini dan sering di momok kan dengan cerita penyabit kepala budak…

‘Indera dan Seri’ juga berjalan tidak memijak tanah sama dengan makhluk yang pernah mak nampak satu masa dulu, itu menambahkan lagi kelucuan pada cerita saya dan kawan-kawan akan ketawakan saya. Kecuali Pak Mail. Tiap kali saya bercerita tentang Indera dan Seri, Pak Mail akan mendengar dengan bersungguh-sungguh dan meminta saya selalu membaca Al Fatihah sebagai pendinding diri.

Pak Mail sering berpesan kepada saya sekiranya Indera dan Seri mengajak saya kemana-mana jangan sesekali ikut. “Kalau adik nak tinggal dengan mak dengan ayah dengan nenek lagi… Jangan ikut ‘kawan’ adik tu. Nanti adik dah tak boleh jumpa mak, ayah, nenek, kakak, abang… Nak…?” Soalnya dalam loghat Kelantan. Saya menggelengkan kepala.

Pak Mail juga tidak pernah melarang anak-anak nya bermain dengan saya. Benda ini berterusan sehingga saya naik tahun 1… Saya menjadi seorang yang sangat keras kepala… Apa yang saya mahu mesti saya akan mendapatkan nya. Jika tidak saya akan member0ntak. Alhamdulillah keluarga saya sangat pandai menangani perangai buruk saya.

Saya tidak punyai ramai kawan hanya anak-anak Pak Mail yang setia berkawan dengan saya. Mungkin sebab saya pelik yang suka bercakap sendirian, saya dipulaukan oleh kawan-kawan yang lain. Cuba pembaca fikir dan memberi pendapat, bagaimana saya tidak bercakap sendirian sekiranya ada yang ajak saya berbual..?

Apabila naik tahun 1, kawan-kawan mula bertambah. Bergitu juga dengan anak Pak Mail yang sebaya dengan saya namanya Alin. Alin dapat ramai kawan baru dan saya sangat mencemburui nya. Pernah sekali saya mendapati Alin rehat dengan seorang kawan baru tanpa mengajak saya.

Saya sangat berasa hati dan keesokan harinya kawan baru yang menemani Alin tidak hadir ke sekolah selama seminggu kerana demam panas. Berbalik kepada masalah kakak saya pula. Benda ini berlarutan sehingga kakak tamat SPM… Setelah penat dipujuk aruwah nenek, mak, saudara mara akhirnya ayah bersetuju untuk membawa kakak pergi berubat.

Hala tuju yang pertama kami adalah rumah saudara jauh ayah. Hubungan terjalin kerana anak perempuannya telah berkahwin dengan anak buah ayah. Orangnya sangat alim dan kuat ilmu agamanya. Saya namakan beliau sebagai Pakcik Daud. Pakcik Daud meminta 7 jenis bunga sebanyak 7 kuntum bersama punca air.

Sesi perubatan bermula. Awalnya kakak tenang. Tetapi selepas di baca beberapa ayat Al Quran kakak tiba-tiba rebah. Saya juga menggigil kerana tiba-tiba rasa sangat sejuk. Melihat saya, Pakcik Daud meminta mak membawa saya keluar. “Aku tak nak berurusan dengan jin walau apa pun agamanya. Bawa adik keluar…

Adik… Jika nampak apa-apa jangan tegur. Tengok jer. Kalau takut pejam mata…” Pesan Pakcik Daud… Mak segera membalut tubuh saya dengan kain batik. Mak tinggalkan saya di ruang tamu bersama beberapa orang lain termasuk anak Pakcik Daud yang saya namakan Kakak Izah dan mak kembali semula ke bilik. Saya hairan kenapa saya di panggil jin…

Mungkin saya ni jahat sangat sebab selalu melawan cakap mak, ayah dan nenek kerana itu dipanggil jin. Pendapat saya yang ketika itu masih anak kecil… Tiba-tiba saya nampak bayang-bayang berwarna hitam cuba merangkak masuk melalui bawah pintu. Saya mencuit Kakak Izah yang sedang menonton televisyen.

Saya menunding jari ke arah makhluk itu tetapi Kakak Izah menggeleng-gelengkan kepalanya kerana tidak dapat melihat apa yang saya nampak. Makhluk itu berlegar-legar di ruang tamu memanjat dinding dan merangkak di lantai untuk cuba masuk ke bilik tempat kakak berada namun gagal.

Saya mendengar suara kakak menangis merayu dalam bahasa yang tidak difahami. Saya duduk kaku tidak berani bersuara kerana teringatkan kata-kata Pakcik Daud. Saya menoleh pula di muka pintu, ada beberapa orang lelaki memandang saya. Memandang tepat ke wajah saya. Salah seorangnya memberi senyuman pada saya.

Saya mencuit lagi Kakak Izah yang leka menonton televisyen lalu tunjuk ke arah beberapa orang lelaki yang berdiri di luar itu… “Dik, tak sesiapa kat situ… Shhh jangan cakap nanti ayah (Pakcik Daud) marah…” Kakak itu bangun dan menutup pintu rumah. Melihat saya seakan-akan takut, kakak itu menarik saya duduk di sebelahnya.

Akhirnya saya tertidur. Mendengar suara ayah memanggil nama saya, saya terjaga. ” Lan kau buang benda di di Kuala Sungai. Jangan dibuka ikatannya… Kalau ada yang tegur kau jangan jawab sepatah pun. Balik terus…” Pesan Pakcik Daud tegas sambil menghulurkan bungkusan plastik jernih kepada ayah. Ayah mengangguk tanda faham. Saya nampak isi dalamnya…

Di dalam kereta saya mendengar mak berbual dengan ayah. Mereka kata yang dalam bungkusan itu adalah minyak pemisah. S1hir yang di hantar untuk mencerrai beraikan mak dan ayah saya. Menurut Pakcik Daud lagi orang itu dengki kan ayah kerana berjaya mengahwini mak. Padanlah mak dan ayah seringkali bergaduh walaupun hanya kerana perkara-perkara kecil.

Nampak dengan jelas di mata saya minyak hitam yang terapung di dalam plastik jernih yang dipunjut itu. Tetapi apabila saya bercerita pada ayah. Ayah menafikan sebaliknya pada ayah dan mak hanyalah air biasa dengan rendaman beberapa tangkai bunga. Alhamdulillah kakak tidak lagi di serang h1steria.

Kakak menjalani kehidupan sebagai seorang yang normal. Tidak lagi tiba-tiba pengsan dan meracau. Sementara menunggu keputusan SPM, kakak mengikut abang saya yang sulung bekerja di Bandar J. Tinggal bersama aruwah makcik saya. Hampir tiga bulan kakak bekerja di Bandar J tiba-tiba kakak di serang h1steria sekali lagi.

Kami sekeluarga bergegas ke Bandar J untuk menjemput kakak. Setibanya di rumah aruwah makcik, kakak meracau seperti orang yang sangat sedih. Menangis merayu minta dilepaskan… “Lepas kan akuuuu…. Lepaskan akuuuu…. Lepaskan akuuuu….” Mendayu-dayu dan ianya bukan suara kakak lagi.

Saya hairan kenapa kakak minta di lepaskan sedangkan kakak tiada siapa yang pegang. Hanya terbaring lesu tidak berdaya. “Tooolongggg…. Tooolongggg… Tooolongggg aku…. Lepaskan aku…. Sakit….” Kakak memandang saya seolah-olah meminta bantuan daripada saya. Saya nampak di pergelangan kedua-dua kaki dan tangan kakak ada tali kain kuning yang berikat.

Saya bisik pada mak. “Shhhh… Mana ada tali… Mak tak nampak…” Jawab mak juga dalam keadaan berbisik. ” Kalau kau tak lepas kan aku, nanti bas kau mesti terjun curam…” Kata kakak agak kasar dan sedikit mendengus. Aruwah pakcik (suami makcik) saya hanya ketawa kerana tidak percaya. Saya lupa nak terangkan dari awal,

aruwah pakcik merupakan seorang pengusaha bas. Kakak bekerja sebagai kerani di syarikat aruwah. Tiba-tiba suasana menjadi semakin kelam kabut bila ada pekerja aruwah pakcik datang tergesa-gesa mengatakan bas arwah pakcik terjunam ke bawah cerun ketika dalam perjalanan pulang nasib baik pemandunya tidak apa-apa hanya cedera ringan.

Kakak meng1lai sekuat hati. Saya terdiam kaku apabila kelibat lelaki yang saya nampak tempohari di rumah Pakcik Daud turut berada di situ tetapi hanya berdiri di luar rumah. Seperti biasa mereka tersenyum memandang saya. Saya mengensot ke belakang ayah kerana mula berasa tidak senang hati.

Perasaan takut mula menyelubungi saya. Aruwah pakcik dah hilang bersama beberapa pekerja. Mak dan ayah memutuskan untuk bawa kakak pulang malam itu juga memandangkan ayah tidak dapat cuti lebih (kerja kerajaan). Sedang kami bersiap-siap untuk pulang, aruwah pakcik muncul bersama seorang lelaki yang seakan-akan Orang Jawa.

“Kau nak main dengan aku yer, kau rasa lah nanti…” Kata aruwah pakcik marah. Kakak ketawa meng1lai. Saya melihat kearah beberapa orang lelaki yang berada di luar tadi mereka masih tegak di situ. Saya mencuit aruwah nenek dan mengatakan ada orang diluar. Nenek memandang ke luar lalu membisikkan pada saya….

“Jangan minta tolong daripada makhluk lain selain Allah dik…” Saya yang tidak faham dengan maksud aruwah nenek hanya mengangguk kecil menoleh kearah mereka yang masih berdiri tegak disitu memerhatikan saya. Orang Jawa itu membaca beberapa mentera yang tidak saya fahami. Sesekali Orang Jawa itu akan menoleh ke arah saya dan ke luar pintu rumah.

Mungkin Orang Jawa itu nampak apa yang saya nampak… Setelah beberapa minit, kakak sedar daripada h1steria dan mula menangis kerana berasa sakit di setiap sendi. Menurut Orang Jawa itu kakak terkena dengan s1hir yang ingin menjahanamkan perniagaan aruwah pakcik. Selesai sahaja kakak mandi, kami terus berjalan pulang. Perjalanan terasa sangat jauh.

Ayah kata kereta tidak dapat jalan laju seolah-olah ada beban yang dibawa. Apabila mendaki kawasan berbukit seperti Felda J, enjin kereta tersemput semput seolah-olah bila-bila masa akan m4ti. Ayah membuka ayat-ayat Al Quran (kaset/tape) di radio kereta. Alhamdulillah kami selamat sampai walaupun beberapa kali kakak meminta ayah menutup radio, panas katanya.

Sekembalinya daripada Bandar J, sekali lagi ayah bertemu dengan Pakcik Daud. Malangnya Pakcik Daud kurang sihat dan minta ayah menemui seorang kenalannya di Felda K. Tiba masa yang di tetapkan dan melalui alamat yang diberi oleh Pakcik Daud kami sekeluarga bergerak menuju ke Felda K.

Tiba di tempat yang berkenaan, ayah menjadi teragak-agak kerana orang yang akan mengubati kakak kali ini adalah daripada bangsa Orang Asli. Memandangkan kami telah sampai maka ayah teruskan juga dengan niat ikhtiar untuk sembuh dan segalanya berserah pada Allah SWT punya kuasa.

Tiada sesi perubatan di jalankan kerana kata orang tua separuh abad itu, untuk singkirkan ilmu hitam tersebut mereka harus datang ke rumah kami untuk melihat ‘keadaan’ rumah. Kata orang tua itu, ilmu hitam tersebut bukan lah ditujukan kepada kakak tetapi orang lama yang menghuni di rumah tersebut.

Mungkin aruwah nenek ataupun aruwah atuk. Menurut orang yang tidak pernah mengenali asal usul keluarga saya, aruwah atuk merupakan seorang yang kuat pengaruh agamanya (Islam). Mungkin ketika hidupnya ramai yang tidak puas hati dan dengki dengan kebolehan yang aruwah atuk ada (nantilah ada masa saya akan menulis mengenainya).

Pada mulanya mak dan ayah meragui kata-kata orang asli tersebut kerana aruwah atuk mennggal ketika mak masih kecil. Tetapi setelah pulang dan bertanyakan kepada aruwah nenek, aruwah nenek mengiakan cerita tersebut. Tiba masa yang di janjikan, sesi perubatan bermula. Orang tua tersebut datang bersama 2 orang pembantu.

Beliau membaca mentera yang tidak difahami dan membakar kemayan. Bau asap kemayan memenuhi ruang tamu. Selepas beberapa minit bersila di ruang tamu beliau bersama ayah dan 2 pengikut nya turun mengelilingi rumah membawa bersama bekas kemayan tersebut. Suasana sangat sunyi kerana kami tidak dibenarkan bercakap.

Saya duduk di sisi nenek. Kakak masih kelihatan segar. Selepas hampir setengah jam mereka berasa di luar, mereka kembali ke ruang tamu. “Ada 3 barang tertanam. Dua di tempat senang nak ambil manakala satu lagi kena pecahkan simen. Sebab dulu kawasan yang bersimen itu adalah dapur.

Lagi dua itu tempatnya di bawah rumah betul-betul di tiang seri dan satu lagi di akar pohon mempelam…” Aruwah nenek mengangguk perlahan. Menurut aruwah nenek, sebelum pohon mempelam itu tumbuh, ia adalah tangga hadapan rumah (ketika aruwah atok masih ada). Setelah meminta izin daripada ayah, mereka pun mulakan sesi pencarian.

Ayah, abang dan dua orang pengikutnya tidak dibenarkan memakai pakaian. Hanya berseluar pendek… Manakala kami kaum wanita tidak dibenarkan keluar. Lama mereka berada di luar… Jelas kedengaran mereka memecah batu bilik air. Setiap kali barang di ambil, ayah menjadi saksi supaya ayah tidak menuduh mereka sengaja meletakkan barang tersebut.

Tiada apa yang luar biasa berlaku. Suasana sangat sunyi. Setelah berjaya menjumpai ketiga-tiga barang tersebut, kami dibenarkan keluar. Saya berdiri hampir dengan tempat letak barang-barang tersebut. Satu diletakkan di dalam tin Milo lama yang sudah reput tertanam di bawah akar pokok mempelam, Satu lagi bungkusan berbentuk m4yat yang dibaluti dengan kain kuning

dan satu lagi bunjut berwarna putih yang diambil daripada bawah lantai bilik air. Sementara menunggu orang tua itu mengubati kakak yang sudah mula meracau, benda-benda tersebut di masukkan ke dalam botol dan di tindih dengan batu besar. Jelas kelihatan di mata saya, abang dan beberapa orang yang berada di situ batu besar tersebut bergoncang seperti ada yang ingin keluar.

Hati saya teragak untuk memandang ke pokok mempelam yang paling atas. Ada sesuatu benda hitam bertenggek di pucuknya. Walaupun keadaan itu gelap tetapi dengan cahaya bulan yang mengambang ianya sangat jelas di mata saya. Rupanya seolah-olah bertanduk dengan rambut yang panjang. Fizikalnya bukan lelaki ataupun perempuan.

Ia ibarat bayang-bayang kerana ranting mempelam boleh menembusi fizikalnya sekiranya angin bertiup. Pernah tak pembaca melihat bayang-bayang sendiri Bergitulah fizikal makhluk tersebut. Sehingga kini saya dapat mengingati dengan jelas bentuk makhluk itu dan saya sangat f0bia dengan kegelapan.

Pada mulanya saya ingin menunjukkan makhluk itu kepada abang tetapi bimbang di ketawakan saya simpan sahaja niat saya. Selesai sesi perubatan kakak, saya mendengar orang tua itu berbual dengan ayah. Menurut beliau, benda itu di hantar oleh orang asli pada satu masa yang lama dahulu. Mungkin sewaktu aruwah atok hidup lagi.

Sebab itu setiap kali kakak meracau, bahasa yang di keluarkan oleh kakak tidak dapat difahami. Benda-benda tersebut mereka membawa pulang. Kata mereka benda (j1n) tersebut akan di kembalikan pada tempat asalnya di hutan. Ketika mereka meninggalkan rumah saya, makhluk yang bertenggek itu juga turut lesap.

Selepas peristiwa itu, kakak tidak lagi kena h1steria sehingga kini. Kakak dapat tawaran ke universiti. Malangnya ayah tidak izin kakak pergi memandangkan keadaan kakak yang lemah dan mudah di sampuk makhluk halus. Kakak menangis sepanjang malam kerana cita-citanya tidak kesampaian. Akhirnya kakak memutuskan untuk sambung ke tingkatan 6…

Ayah dan mak tidak membantah asalkan kakak berada di depan mata mereka. Tamat tingkatan 6 atas, kakak dapat tawaran ke Maktab Perguruan Batu Rakit Terengganu. Memandangkan aruwah abang mak yang kedua tinggal di sana, ayah izinkan kakak pergi. Alhamdulillah semuanya selesai dengan selamat.

Sesungguhnya kita hanya berikhtiar untuk sembuh dan ikhtiar itu banyak cabangnya tetapi kesembuhan itu adalah daripada Allah SWT punya kuasa… Tiada ilmu yang lebih hebat selain daripada ilmu maha pencipta… Allahuakbar… Saya rasa penulisan saya dah cukup panjang. Banyak lagi yang ingin saya kongsikan bersama pembaca tentang saya dan pendamping,

tentang beberapa orang yang cuba mengambil kesempatan di atas saya dan bagaimana caranya saya menangani masalah pendamping tersebut. Bergantung pada para pembaca. Jika ingin saya meneruskan penulisan saya…. Sila nyatakan diruang komen.

Bukan apa, saya bimbang kisah saya ini akan membuat para pembaca bosan dan merasa ianya mengarut. Tetapi yakinlah ianya adalah sebuah kisah benar yang pernah saya dan keluarga laluinya… – Adik (Bukan nama sebenar

Sumber : transformasi host

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *