Uncategorized

‘Tengah Malam Makcik Ni Akan..’ – 14 Tahun Tinggal Bawah Pokok, Sehinggalah Ebit Lew Datang

” Hari air mata. Pilu rasa hati. Aunty Maaletchmy berumur 62 tahun tidur di bawah pokok kecil selama 14 tahun dekat BHP Sunway.. Kasihannya.”

Demikian perkongsian terbaru pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew yang meraih perhatian ramai.

Ketika ita sibuk ‘complain’ dan meluahkan rasa tidak puas hati apabila diarahkan beraya di rumah sahaja sewaktu PKP ini, namun pernahkah kita terfikir tentang nasib ‘gelandangan’ di jalanan?

Begitulah kisah seorang warga emas yang dikongsi oleh Ebit Lew.

Menurut Ebit, dia sudah 3 kali terserempak dengan seorang wanita India mengutip besi buruk di jalanan. Suatu hari, dia membuat keputusan untuk menghampiri wanita itu dan bertanya tentang kisah hidupnya.

” Kerja kutip besi. Rajin kutip besi. 3 kali saya ternampak makcik ni kutip besi. Cari semula dah tiada. Fasih cakap melayu dan bahasa Inggeris juga.

” Tak sangka ada orang tidur disini selama ini. Dengan kereta banyak lalu sebelah sini.” tulis Ebit Lew.

Tinggal bawah pokok, cari besi buruk untuk hidup

Apa yang lebih menyedihkan adalah warga emas dikenali sebagai Maaletchmy itu mendedahkan bahawa dia hanya tidur bawah pokok kecil di tepi jalan sejak 14 tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Facebook, pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew itu meluahkan rasa terkejut kerana selama ini dia tidak pernah menyangka ada insan yang tinggal di bawah pokok.

Sewaktu dia bertemu Maaletchmy, pemilik perniagaan besi buruk dan segelintir individu lain turut gembira saat melihat kehadirannya.

” Tengah malam makcik ni akan tolak troli ni dan tidur di bawah pokok dan khemah kecil ni semenjak 14 tahun lalu.

” Memang dia menyorok tidur ada pokok hadang kerana tak nak orang nampak. Prinsipnya tak nak susahkan orang.

” Tauke besi buruk dan beberapa orang susah yang mengenali makcik ni gembira bila saya datang. Katanya tolonglah dia,kami risau dia tidur bawah pokok je.” kata Ebit Lew.

Pernah sewa rumah, tapi tak mampu bayar

Tambahnya lagi, warga emas berusia 62 tahun itu bercerita pernah berkahwin dan menyewa rumah namun dihalau keluar kerana tidak mampu bayar sewa.

Sejak itu, dia hanya tinggal di bawah pokok bagi meneruskan kehidupan.

Pernah diambil kesempatan & diraba lelaki

Maaletchmy mengakui pernah diambil kesempatan oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab tetapi dia tidak mampu mengambil tindakan terhadap mereka.

” Makcik ni pernah berkahwin. Lagi sedih makcik ni cerita dekat saya, kadang ada orang kacau. Katanya lelaki pernah buat tak baik padanya atau raba dia.

” Ramai ambil kesempatan walau dia dah tua. Katanya janji jangan pukul saya je lah,” katanya.

Ebit Lew bantu sewakan rumah

Simpati atas nasib warga emas berkenaan, lalu Ebit pun menawarkan rumah sewa percuma untuknya.

Pada awalnya, wanita itu enggan menerima bantuan Ebit kerana menganggap ramai lagi yang lebih memerlukan tempat tinggal selain dirinya.

Setelah dipujuk beberapa kali, Maaletchmy akhirnya bersetuju dan Ebit menyewakan sebuah rumah di Mentari Court, Petaling Jaya buat warga emas terbabit.

” Syukur dapat sewakan rumah di Mentari Court. Saya akan bayarkan sewa bulan-bulan Rm850. Bawa sekali troli dan beg kecil milik makcik tadi.

” Dia menangis cakap terima kasih. Saya ingat kamu main-main. Betul kamu baik ye. Selepas ini saya tak payah berlari kalau hujan lebat tengah malam. Sedih rasa.” tulis Ebit Lew

Dalam pada itu, Ebit turut membelikan segala barang keperluan untuknya sebelum berpindah ke rumah baru berkenaan.

Sumber : ohmymedia / thebolalive com

Leave a Reply

Your email address will not be published.