Info Semasa

Kali Ini Kapal Pihak Berkuasa China Pula Ceroboh Perairan Sarawak

Menurut laporan Harian Metro semalam, dimaklumkan bahawa kapal pihak berkuasa China itu dikesan berada di kawasan Beting Patinggi Ali yang terletak 84 batu nautika dari Miri pada Jumaat lalu.

Selepas itu, aset APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dikerah ke lokasi untuk mengetatkan lagi kawalan di kawasan yang turut dikenali sebagai South Luconia Shoals itu. ini ekoran laporan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Miri oleh beberapa orang pemancing.

Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Miri, Md Fauzi Othman kata  kepada MalaysiaKini., pada 4 Jun memang benar kita menerima laporan berkaitan pengawal pantai China memasuki perairan kita dan APMM serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengawasi keadaan dengan teliti,”

Selain itu, Beting Patinggi Ali adalah kawasan yang menjadi rebutan dalam pertikaian tuntutan oleh. Lebih lanjut, ianya terletak di perairan utara Sarawak dan berada di dalam zon ekonomi ekslusif (ZEE) Malaysia. Beting Patinggi Ali juga kawasan yang dituntut oleh China melalui tuntutan 9-Dash Line di Laut China Selatan.

Sebab pertikian tersebut, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menerima surat perwakilan Malaysia yang menegaskan bahawa akan tetap pendirian untuk menolak sebarang tuntutan dari negara komunis China di perairan itu.

Sehingga kini, China belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan. Namun, tindakan pencerobohan maritim China ini boleh mengganggu kestabilan dan meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan.

Sumber : Vocket / Harian Metro / malaysiasinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *