Info Semasa

22 premis perniagaan di KL dikompaun

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis kompaun terhadap 22 premis perniagaan di sekitar Pusat Bandar Utara dan Pasar Harian Selayang, di sini, dari 3 hingga 5 Jun lalu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

DBKL dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini berkata, tindakan itu susulan pemilik premis tidak mematuhi waktu operasi perniagaan ditetapkan kerajaan.

Pemantauan dan pemeriksaan dilakukan DBKL terhadap 22 premis menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan borong buah-buahan, sayur-sayuran, barangan runcit dan basah.

“Kita juga dapati ada premis mengunakan pekerja warga Myanmar tanpa kebenaran sah.

“Selain 22 notis kompaun mengikut Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, kita juga keluarkan tiga kompaun kepada pemilik premis yang menggajikan pekerja terbabit mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 20(1)(b) Pelesenan Tred 2016.

“Selain itu, notis kompaun dikeluarkan kepada sebuah premis yang membuat halangan di lorong mengikut Seksyen 69(3) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974,” katanya.

Menurut kenyataan itu, DBKL mengingatkan orang ramai dan pemilik premis di sekitar ibu negara supaya mematuhi SOP PKP bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

“Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan hingga tamat tempoh PKP. Warga kota boleh menyalurkan aduan dan pertanyaan kepada DBKL secara dalam talian menerusi pautan

Sumber : beritaharianonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *