Info Semasa

Kompaun Sehingga RM2000 Bakal Menanti Kepada Mereka Yang Gagal Mengemaskini Applikasi Mysejahtera Secara Harian

Harian Metro sebelum ini melaporkan seramai 31 pekerja syarikat minyak dan gas (O&G) serta kilang ayam di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh dikompaun kerana tidak mengemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera ketika memasuki tempat kerja.

Malah, dua pengusaha kantin di premis syarikat O&G berkenaan juga masing-masing dikompaun RM10,000 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal di kantin mereka.

Ketika mengulas, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi mengatakan kesalahan itu dikesan dalam pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Polis mengeluarkan kompaun masing-masing berjumlah RM2,000 kepada 29 pekerja syarikat O&G, manakala kompaun RM1,500 terhadap dua pekerja kilang ayam kerana tidak mengemaskini status kesihatan mereka dalam MySejahtera.

“Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula mengeluarkan dua kompaun kepada dua pengusaha kantin” katanya pada sidang media di lokasi operasi, hari ini.

Operasi itu turut disertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Nor Omar berkata, majikan serta individu itu sendiri perlu memastikan bahawa mereka haruslah mengemas kini status kesihatan secara harian bagi memastikan hanya individu yang sihat dan tanpa gejala saja dibenarkan berada di premis.

Menurutnya, syarikat yang mempunyai ramai pekerja perlu mewujudkan pasukan atau badan bertanggungjawab untuk memantau tahap kesihatan serta pematuhan SOP di tempat kerja bagi mengelakkan penularan Covid-19 di premis masing-masing.

Katanya, orang ramai diingatkan supaya mengemas kini status kesihatan mereka, namun tahap kesedaran untuk perkara itu dilihat masih kurang.

Tidak perlu risau

Disini, admin ingin berkongsi tentang bagaimana cara untuk mengemaskini aplikasi Mysejahtera anda secara harian.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warganet agak terkejut dengan perkembangan semasa ini kerana ada diantara mereka tidak tahupun bahawa aplikasi Mysejahtera perlu dikemaskini secara harian.

Macam Tak percaya, semua benda dikompaun

Maksud kemaskini yang macamna?

Rasanya tak ramai tahu kena update

Entahla taktau nak komen apa lagi 

Inilah kesan akibat kilang yang bukan essential pun dibenarkan buka

Kesian yang kene saman tu, padahal datang kerja umtuk cari rezeki

Sumber : kualalumpurviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *