Keluarga

“Saat saya tunjuk muka suami, semua terkejut dan menangis” Isteri Mithali Ini Tetap Setia Walau Suami Sakit

Saban hari pelbagai isu rumah tangga menjadi halwa telinga kita. Kisah kecurangan atau kehadiran orang ketiga antara punca keretakan rumah tangga

Namun, kita juga dihidangkan dengan kisah rumah tangga yang bahagia. Mereka saling menghargai satu sama lain dan menyayangi pasangan mereka dalam apa jua keadaan sekalipun.

Satu kisah telah tular apabila seorang isteri masih disamping suaminya yang mengalami penyakit alergik. Keperitan suaminya dikongsi bersama.

Puan Nurr Hidayah telah berkongsi satu cerita mengenai penyakit alergik yang dihidapi suaminya. Wanita ini pemberi semangat untuk suaminya kembali pulih seperti dahulu.

Coretan Hati Si Isteri

Bile xbole tdo mule la belek2 gambar. Gambar ni masa awal2 lps suami beransur pulih. Masa baru buat FB takot nak upload sebab saya tidak mahu orang kutuk suami saya”.

“Tiap kali upload gambar berdua pasti saya tutup muka suami, tiap kali tu juga lah org tertanya2 kenapa tutup muka kenapa tutup muka”.

“Sampailah satu saat saya tunjuk muka suami, semua terkejut dan semua nak menangis dengan dugaan yang saya alami”.

“Tapi apa nak kata Allah masih sayang saya, masih sayangkn perkahwinan kami yang degil ni”.

“Dari hari ke hari kulit semakin pulih, cuma keadaan mata yg semakin teruk. Moga ada keajaiban aminn. Tidak pernah tak sayang dan cinta halal kasih sampai syurga jannah, amin”.

“Buat yang tak tahu lagi sakit suami saya, suami saya bukan sakit kulit ye, punca dari sakit mata alergik dengan ubat terus burn satu badan”.

“Alergik yg paling teruk steven syndrome johnson(bole google kalu xpaham) sakit yang jarang orang kena dan sakit yang susah dirawat”.

“Allah memberi sakit, Allah la penawar 1001 sakit dlm dunia ini. Allah uji sebab Allah sayang pada hamba2Nya, Aminn”.

“Moga aku kuat untuk harungi masa akan datang dan jauh lagi perjalanan kami, Hasbunallahuawanikmalwakil”.

“Doakan mata suami saya dapat melihat macam dulu ye, dapat sebelah pun jadi lah.
Jangan mengeluh jika diuji sebegini”.

“Bersyukurlah, jika kita rasa apa yang Allah duga ini sangat teruk, ada yang lagi teruk dari ini. Saya redha saya ikhlas saya tak dendam”.

“Saya nak suami dapat melihat macam dulu walaupun sebelah mata, dia xdapat keje pun saya xkisah, janji dia dapat melihat isteri dia yang comel ni”.

“Duit bole dicari, kasih sayang sampai mati. Moga diri ini kuat cari rezeki walau rezeki on9 dari rumah”. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitu kuat hati dan bersemangat hati seorang isteri dalam perjalanan rumah tangga mereka.

Walaupun mereka diduga sebegini rupa, pasangan ini teguh dalam melayari kebahagian dengan cara mereka.

Semoga wanita ini terus diberi kekuatan dan semangat meneruskan kehidupan dan sentiasa dimurahkan rezeki kepada mereka.

Semoga pasangan ini berbahagia dan menjadi contoh buat pasangan lain di luar sana dalam mengharungi onak dan duri dalam rumah tangga.

Sumber : yoynetwork / mediakl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *