Semasa

All4h…badan sihat,kuat…kenapa….

Tabung derma masjid, anak yatim jadi sasaran

JOHOR BAHRU – Sekumpulan lelaki bermotosikal dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri tabung masjid dan anak yatim di sekitar pusat perniagaan Taman Saujana di sini kembali aktif.

Seorang pemilik restoran, Azizan Inche Harun, 38, berkata, kumpulan yang diyakini baru aktif melakukan jenayah itu menyasarkan restoran yang baharu dibuka atau sedang dalam keadaan sibuk.

Katanya, tabung yang ditempatkan di restoran miliknya turut menjadi sasaran kumpulan bermotosikal terbabit apabila ia didapati telah dicuri pada pukul 11 pagi hari ini. (Semalam)

“Tabung yang separuh penuh itu merupakan inisiatif Persatuan Tomyam Johor sejak tiga tahun lalu yang bertujuan untuk membina masjid di Pattani.

“Biasanya wang dalam tabung itu sudah diserah kepada pihak persatuan tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami biarkan dahulu.

“Namun tidak sangka pula dicuri sekumpulan tiga lelaki menaiki motosikal,” katanya yang mengesan perkara itu melalui rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di kedainya.

Tambahnya, dia mengesyaki perbuatan itu dilakukan sekumpulan lelaki yang kerap mencuri tabung kerana pernah terjumpa tabung-tabung kosong yang dibuang di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, tukang masak restoran berkenaan, Jusoh Mamat, 50, pula memberitahu, dia memasuki kedai berkenaan pada pukul 10.20 pagi sebelum ke bahagian dapur untuk memotong sayur.

“Ketika di dapur, saya terdengar bunyi bising dan kuat di bahagian pintu masuk ke kedai sebelum meninjau namun tidak mengesan apa-apa.

“Hanya apabila Azizan tiba baharulah dia perasan bahawa tabung yang diletakkan di kedai telah hilang akibat dicuri,” ujarnya.

Sumber : k online / facebook Inche Harun

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *