Semasa

Zul Yahya Cadangkan Pesakit Covid-19 Beragama Islam Bergejala Ringan Dikuarantin Di Masjid

Pelakon popular Zul Yahya memberi cadangan agar umat Islam yang positif Covid-19 bergejala ringan dikuarantin di masjid.

Menerusi perkongsian di Facebook, pelakon berkenaan menyatakan cara berkenaan dapat menghidupkan amalan di masjid.

“Kenapa tak dikorintinkan umat islam + c19 gejala ringan di masjid-masjid bukankah itu lebih baik, mereka dapat hidupkan amalan-amalan masjid 24 jam dan masjid-masjid pun tak sepi.

“Kenapa tak digunakan peluang ini untuk hidupkan solat fardu di masjid-masjid menjadi suasana yang sangat luar biasa seperti solat Jumaat lebih banyak manfaat, mungkin boleh menambahkan kebaikan-kebaikannya pada mereka,” tulisnya.

Menurut Zul lagi, fungsi masjid itu sangat luas dan ia perlu diimarahkan sekiranya mahu dapatkan bantuan daripada Allah.

Ujarnya, dia serta sahabat-sahabatnya lain sedia untuk menguruskan pesakit-pesakit Covid-19 yang dikuarantin di masjid.

“Kita semua fungsi masjid itu sangat luas buat kita semua kita nak dapatkan bantuan Allah swt tapi rumah2 Allah swt tidak diimarahakan. Ada cara Allah swt bagi tapi kenapa tak diusahakan ujian ini adalah hikmah buat kita bukannya musibah untuk khidmat,

“Saya serta sahabat-sahabat sedia bagi masa dan nak menguruskan manusia-manusia yang berada di masjid itu lebih mudah. Ada masjid-masjid yang luas mampu meletakan jemaah beratus ratus orang. Yang paling memgembirakan solat fardu sentiasa penuh seperti solat Jumaat,” jelasnya.

Ujarnya lagi, pada tahun lalu dia pernah menyuarakan pandangan berkenaan, namun tidak ada pihak yang cuba untuk melaksanakannya.

“NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH para ulama yg dimuliakan lagi dikasihi seluruh alam dan yang mulia para sahabat mohon panjangkan perkara ini menulis melalui pengalaman yang telah diusahakan,” ujarnya.

Sumber : KopiPlanet com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *