Semasa

Pengecualian cukai jualan untuk kereta CKD dan CBU hingga 31 Disember ini

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium kepada semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+).

Menurut laporan Astro Awani, moratorium juga akan diberikan kepada perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurutnya, mereka diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

“Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion.

“Insya-Allah, industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok. Saya berharap, pengumuman moratorium automatik ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada peminjam institusi perbankan.

“Para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0 pada Isnin.

Selain daripada itu, kerajaan juga akan menyalurkan bantuan berbentuk one-off bernilai RM500 untuk golongan berikut:

  • 17 ribu pemandu pelancong
  • 40 ribu pemandu teksi
  • 11 ribu pemandu bas
  • 4 ribu pemandu bas persiaran
  • 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing

Berdasarkan perutusan rasmi PM sebentar tadi, kerajaan juga sedia untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) bermula 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember ini.

Sumber : Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *