Dunia

Matahari Tiruan China Catat Rekod Baharu, Catat Suhu Sehingga 120 Juta Darjah Celcius Selama 101 Saat

Matahari buatan China dilapor berjaya mencapai suhu setinggi 120 juta darjah Celcius dalam satu ekperimen yang dijalankan baru-baru ini.

Suhu tinggi tersebut dicapai selama 101 saat dan pencapaian itu disahkan penyelidik di Institut Plasma Fizik, Akademi Sains China (ASIPP).

Projek mega yang dinamakan sebagai Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST) itu dibangunkan sebagai reaktor untuk menjana tenaga berkuasa tinggi.

Difahamkan matlamat utamanya adalah untuk mewujudkan kuasa peleburan nuklear seperti matahari semulajadi dengan menggunakan gas deuterium yang banyak di lautan bagi membekalkan aliran tenaga bersih serta stabil.

Merujuk laporan Xinhua, difahamkan gas deuterium bagi setiap satu liter air laut melalui proses peleburan didakwa mampu menghasilkan jumlah tenaga yang menyamai 300 liter petrol.

Bahan mentah yang diperlukan bagi menjana sumber tenaga EAST dikatakan mesra alam dan tidak memberi impak buruk kepada alam sekitar.

Ini agak berbeza dengan mana-mana sumber tenaga semulajadi lain seperti petroleum, arang batu dan gas asli yang pasti akan berkurangan dan habis, selain turut memberi ancaman kepada Bumi.

Terdahulu, EAST yang mula dibangunkan sejak 2006 itu pernah mencatat suhu setinggi 100 juta darjah Celcius pada November 2018 lalu, dipercayai tujuh kali ganda lebih panas berbanding matahari sebenar.

Sumber : Xinhua News / siakapkeli my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *