Semasa

Tak scan MySejahtera, lima pekerja bengkel kereta dikompaun RM1,500 seorang

Lima orang pekerja sebuah bengkel kereta di Batu Kikir, Jempol, dikompaun masing-masing sebanyak RM1,500 seorang selepas dikesan gagal mendaftar masuk ke premis pekerjaan mereka, semalam.

gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, kira-kira pukul 11:15 pagi, pasukan petugas pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah melakukan pemeriksaan ke atas premis berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas premis berkenaan mendapati lima pekerja lelaki berusia 23 hingga 33 tahun telah gagal mendaftar masuk bekerja ke premis sama ada menggunakan aplikasi MySejahtera atau buku pendaftaran yang disedia.

pekerja bengkel dikompaun

“Kesemuanya dikenakan kompaun gagal mematuhi SOP PKP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

 

Sumber : motoqar com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *